Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Jimat, Ber ?Shell Out? di Rumah Sendiri !

Fenomena Shell Out sememangnya mendapat sambutan dan menjadi buah mulut orang ramai di laman sosial. Konsep hidangan makanan laut yang dilambakkan di atas meja yang beralas kertas parchment ini sememang menjadi trending. Dengan hanya membayangkan lambakkan ketam, sotong, udang penuh di meja bersama sambal khas sudah mampu membuatkan kita telan air liur. Tapi bukan semua orang mampu untuk mengunjungi kerana harganya yang bisa mencecah ratusan ringgit (perpatutan kerana mereka hidangkan seafood dan ianya eksklusif). Disini kami ingin kongsikan beberapa keluarga yang membuatkan keputusan untuk ber ?Shell Out? sendiri dirumah. Ianya memang sesuai jika dijadikan aktiviti hujung minggu apabila ada rakan atau keluarga datang berkumpul dirumah. Untuk hidangan kelihatan menarik dan merasa keterujaan ber ?Shell Out,? Korang kena lah setting baik punya cara hidangan dan jangan lupa DIY apron seperti di restoran Shell Out tu.

IMG_4153

IMG_20151214_134339

?shellou1t

Advertisement

IMG_8828

Kalau korang berminat nak cuba buat Shell Out kat rumah sendiri. Boleh follow resepi kat bawah ni.   ?Resepi Shell Out ?Bahan untuk pes: Cili kering ? direbus Bawang besar Bawang merah Bawang putih Halia Asam keeping (anggaran 2-3 keping) Cara membuat pes: Kisar semua bahan kecuali asam keeping. Tumis dengan sedikit minyak dan dua tiga asam keping.   Cara memasak ketam:
  1. Panaskan minyak, senduk pes secukupnya.
  2. Tambah sos cili, sos tomato, sos tiram sos ikan (jika menggunakan sos ikan tak perlu menggunakan garam).
  3. Masukkan juga, kiub ikan bilis, sedikit gula, serbuk cili dan sedikit air
  4. Masuk ketam lalu tutup kuali supaya ketam masak
  5. Kacau beberapa biji telur dan curah atas ketam dlm kuali. Balik-balik kan ketam dan tutup kuali.
  6. Siap dimasak.
  Cara memasak udang:
  1. Udang dibasuh bersih, ketuk beberapa ulas bawang putih diketuk.
  2. Di dalam kuali masuk sedikit pes lalu tambah sos cili
  3. Masak hingga kering sedikit
  4. Masuk udang, kacau dan tutup kuali seketika. Siap.
  Cara memasak sotong:
  1. Sotong dipotong dan diperap dengan garam dan kunyit.
  2. Ambil sedikit pes campurkan dengan kiub ikan bilis dan sedikit gula. Lumur pada sotong.
  3. Masak menggunakan kuali non stick.
  4. Balik-balikkan kan hingga kering dan masak ( jangan ditutup kerana sotong berair dan lembik)
  5. Untuk kupang dan lala cara penyediaannya sama seperti sambal tumis.
  Cara penyediaan sayur dan dressing:
  1. Brokoli, bunga kobis putik jagung, lobak merah di celur dlm air garam lalu ditos.
  2. Mayonis dicampur sos cili untuk rasa seperti sos Thousand Island
  Hidangkan kesemua makanan di atas kertas parchment paper dan nasi jika mahu. Mudah saja membuatnya. Sesuai untuk hidangan famili. Gerenti puas hati makan masak sendiri. Kenyang dan lebih jimat. Pencinta seafood perlu cuba hidangan ini.    

Advertisement