Baru pindah rumah tapi masih tak kemas kini alamat kediaman terkini pada lesen anda, baik tukar sekarang.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meminta orang ramai untuk mengemaskini alamat semasa pada rekod pendaftaran kenderaan masing-masing dengan segera.
Arahan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada subseksyen 58A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1957 yang mewajibkan setiap pemilik berdaftar sesebuah kenderaan atau pemegang lesen memandu yang bertukar alamat supaya memakluman pertukaran tersebut dalam tempoh dua bulan.
Sehubungan itu, orang ramai dikehendaki mengemaskini maklumat dan alamat kediaman terkini di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC secara percuma.
Tak pun, daftarkan diri di mySIKAP untuk membuat pertukaran secara online tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.
Sumber: BH
Gaya Hidup