Anggota kumpulan K-Pop masyhur, Jungkook BTS menjadi pengguna Twitter pertama yang mempunyai tweet terbanyak dengan 3 juta tanda suka!

Empat tweet yang pernah dimuat naik penyanyi yang berusia 24 tahun itu di akaun rasmi BTS berjaya memperoleh 3 juta tanda suka daripada pengguna di platform media sosial tersebut sekali gus menjadikannya mendahului Barack Obama dan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang mana masing-masing memiliki dua tweet dengan 2 juta tanda suka!
Advertisement
Tweet pertama Jungkook yang memperoleh jumlah tanda suka sebanyak 3 juta itu dimuat naik pada 3 Mei 2020 yang mana ia merupakan entri berupa video Jungkook yang menyanyikan lagu “Never Not” dendangan asal Lauv.
Never Not 💜 pic.twitter.com/Ag9oUTJvrN
— 방탄소년단 (@BTS_twt) May 2, 2020
Tweet kedua pula ialah gambar selfie Jungkook, dimuat naik sekitar awal tahun ini.
— 방탄소년단 (@BTS_twt) January 25, 2021
Yang ketiga ialah selfie bersahaja di hadapan cermin yang baru sahaja dimuat naik pada 11 April berserta kapsyen, “Saya merindukan anda ARMY”.
아미 보고 싶다 ㅜ pic.twitter.com/LwiFOXo3hP
— 방탄소년단 (@BTS_twt) April 11, 2021
Dan yang paling terbaru sekali ialah tweet dari Februari tahun ini yang mana Jungkook memperlihatkan rambut barunya yang berwarna biru!
셀프 염색 :)#JJK pic.twitter.com/07WdTOB32e
— 방탄소년단 (@BTS_twt) February 24, 2021
Selain Jungkook, antara figura berpengaruh lain yang turut pernah mencapai jumlah tanda suka mencecah jutaan termasuklah Barack Obama, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden, Timbalan Presiden Amerika Syarikat Kamala Harris, pelakon kanak-kanak Hollywood Macaulay Culkin dan V BTS.