Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Kelihatan Tulang Berbentuk Paha Manusia Di Marikh

kelihatan tulang berbentuk paha manusia di marikh

Baru-baru ini tersebarnya sekeping gambar di Marikh dan apa yang mengejutkan terdapat satu bentuk seakan-akan tulang paha manusia.

Advertisement

Berdasarkan portal berita Metro.co.uk yang diterbitkan pada 14 Jun lalu, kenderaan Agensi Pentadbiran Angkasa Kebangsaan (NASA), Curiosity yang membuat tinjuak planet itu telah merakam satu imej seperti seketul tulang manusia pada 14 Ogos 2014.

Walaubagaimanapun, pihak NASA telah menyatakan imej tersebut berkemungkinan batu namun kelihatan seperti paha manusia. Kenyataan ini diterbitkan melalui portal berita Express.

"Tiada tulang mengenainya (tulang paha manusia). Dilihat oleh kenderaan peninjau dengan menggunakan MastCam, tulang batu itu mungkin kelihatan seperti paha manusia.

"Anggota-anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kelihatan seperti terhakis oleh hakisan sama ada oleh angin atau air."

"Jika kehidupan wujud di Marikh, para saintis menjangkakan ia akan menjadi bentuk kehidupan yang kecil dan ringkas dikenali sebagai mikrob.

"Marikh tidak pernah mengandungi oksigen dalam atmosferanya dan di mana-mana ruang bagi menyokong organisma yang lebih kompleks.

"Justeru itu, fosil yang besar adalah tidak mungkin (wujud)." - Agensi

Sumber: Sinar Harian

Advertisement