Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan strategi dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19 di negara ini, susulan daripada peningkatan jumlah kes.
Advertisement
Untuk info, kes baharu jangkitan COVID-19 dilapor mencecah 20,696 kes bagi minggu 10 hingga 16 Disember, dengan penambahan kes sebanyak 7,939 kes berbanding minggu sebelumnya.
Malaysia: Covid19 Update
10 Dec - 16 Dec
20,696 new cases (+7939)
28 new deaths (+17)
28,375 active cases (+8,358)
588 Hospitalized (+218)
22 ICU (+1)
14 Ventilator (+1)@DrDzul
WhatsApp: https://t.co/EWjrWuby8l
Telegram: https://t.co/YqYLfhgvXE
Facebook: https://t.co/C1sz8hdFis pic.twitter.com/04cDjwWLH9
— Health & Business + Entertainment (@Covid19Place) December 17, 2023
Peningkatan jumlah kes jangkitan ini sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran dalam kalangan warganet, hingga mendapat perhatian Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad.

Ujarnya, kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah dalam keadaan terkawal dan tiada keperluan untuk Malaysia melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi seperti sebelum ini. Dalam pada itu, KKM turut mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan mengamalkan langkah pencegahan COVID-19 bagi mengawal penularan jangkitan, terutamanya dalam komuniti.
"Bagi menghadapi lonjakan kes COVID-19 ketika ini, KKM telah memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid-19 melalui lima strategi utama.
"Strategi pertama adalah pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2 manakala strategi kedua adalah pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).
"Sementara itu, strategi ketiga adalah pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi dan strategi keempat adalah pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan.
"Dan akhir sekali strategi kelima adalah pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera," demikian menurut Dr Dzul dalam satu sidang media yang diadakan hari ini.
