Sekarang ni semua wanita berlumba-lumba nak kulit putih gebu macam gadis Korea.
Siapa la yang tak nak kulit putih. Dah makan macam-macam produk tapi tak bagi kesan atau kesan lambat.
Mesti rasa tak yakin sebab setiap kali berselfie je nak kena edit?atau pakai filteruntuk?bagi putih.
Dah tak payah buat semua tu. Amalkan je 6 makanan ini yang semula jadinya boleh putihkan kulit.
1. Buah Kiwi
Buah kiwi yang rasa macam manis kaya dengan vitamin C. Vitamin C lindungi kulit daripada degenerasi sel-sel kulit. Kiwi mampu baiki warna kulit dan kurangkan bintik hitam.
2. Buah Betik
Betik kaya dengan vitamin A dan enzim. Ia berkesan untuk membuang sel-sel kulit mati dan kulit jadi lebih cerah. Bukan itu je, ia buatkan kulit terhidrat dan tiada lagi kulit kering.
3. Air Teh Hijau
Teh hijau bukan je baik untuk kesihatan, tapi baik untuk kulit. Antioksidan di dalamnya melawan radikal bebas dan kurangkan tanda-tanda penuaan.
4. Salad Hijau
Jika nak putih pastikan anda makan salad sayur hijau kerana ia kaya dengan serat dan antioksidan untuk jadikan kulit lebih cantik. Ambil sayur hijau setiap hari untuk kulit lebih cerah.
5. Ikan
Ya, memang betul. Ikan kaya dengan protein, vitamin dan mineral. Omega-3 didalamnya buatkan kulit lebih sihat serta melindungi kulit dari UV berbahaya yang buatkan kulit jadi gelap.
6. Telur
Telur banyak manfaat pada kulit. Telur mampu berikan kulit yang cantik dan hindarkan kulit dari terjadinya JERAWAT. Ia buatkan kulit jadi lebih sihat dan cerah.