Ada kalanya kita tidak sedar sesetengah tindakan itu boleh membawa padah.
Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan terjatuh ke dalam kawah gunung berapi di Kilauea di Hawaii.

Advertisement
Lelaki yang tidak diketahui namanya itu telah memanjat pagar di Steaming Bluff untuk melihat lebih dekat kawah gunung berapi sebelum terjatuh ke dalam 21 meter ke dalam kaldera.
Mangsa selamat namun dilaporkan cedera parah. Difahamkan, para pelancong tidak sepatutnya melepasi garisan keselamatan lagi-lagi di kawasan tebing.
Proses menyelamat mengambil masa 2.5 jam, termasuk mencari kedudukan mangsa dan membawa mangsa keluar ke kawasan selamat.
Sebelum ini, terdapat kes yang sama berlaku pada tahun 2017 namun mangsa meninggal dunia.