Salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK, Lisa telah berkongsi foto ekslusif bersama bintang bola sepak kumpulan Paris Saint-Germain, Neymar.
Advertisement
Menerusi Instagram Story beliau, Lisa memuatnaik foto bergambar bersama Neymar, berserta tag pada foto @neymarjr.

Kebetulan Lisa bersama kumpulannya, BLACKPINK kini sedang berada di Perancis untuk satu acara amal anjuran Le Gala des Pieces Jaunes. Foto itu kemudiannya dikongi semula oleh Neymar di Instagram rasminya.

Terdahulu, Neymar pernah berkongsi minatnya terhadap kumpulan BLACKPINK apabila berkongsi pautan lagu baharu popular kumpulan itu berjudul Pink Venom.

Sumber: Instagram