Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Malala Yousafzai Akhiri Era Bujang, Kahwini Jejaka Pilihan

Aktivitis hak asasi manusia ternama dunia, Malala Yousafzai menamatkan zaman bujang dengan melangsungkan perkahwinan bersama jejaka pilihannya pada Selasa lalu.

malala yousafzai akhiri era bujang, kahwini jejaka pilihan

Jejaka bertuah itu bernama Asser Malik dan berasal dari bandar Lahore serta merupakan pengurus operasi Lembaga Kriket Pakistan.

Advertisement

Wanita kelahiran Pakistan yang pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel itu mengumumkan berita gembira itu menerusi satu entri yang dimuat naik pada akaun Instagram miliknya.

Coret Malala, “Hari ini menandakan hari yang amat berharga dalam hidup saya.

“Saya dan Asser melangsungkan perkahwinan untuk menjadi pasangan seumur hidup.

“Kami mengadakan majlis nikah secara kecil-kecilan di rumah kami di Birmingham bersama keluarga.

malala yousafzai akhiri era bujang, kahwini jejaka pilihan

“Mohon doakan kebahagiaan kami. Kami teruja untuk melayari hidup bersama dalam hari-hari mendatang.”

Terdahulu, Malala pernah menerima pengiktirafan antarabangsa atas kesungguhannya menentang usaha Taliban dalam menghalang kaum wanita daripada mengikuti sesi persekolahan formal.

Ketika berusia 15 tahun, beliau ditembak di bahagian kepala oleh anggota Taliban dan diterbangkan ke England untuk menerima rawatan.

Pada 2014, beliau menerima Hadiah Keamanan Nobel hanya di usia 17 tahun.

Pengiktirafan tersebut menjadikan beliau penerima Hadiah Keamanan Nobel termuda.

Tahun lalu, Malala terus melakar kejayaannya apabila beliau memperoleh ijazah dalam Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford.

 

Sumber: [1]

Advertisement