Princess Aura Nurr Ermily Amara Aulita Bidadari Nawal EL Zendra Mohd Sufian adalah nama terpanjang yang didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun lalu.
Ahmad, Abdullah, Fatimah, Zainab dan Azizah pula adalah antara nama paling popular yang didaftarkan di JPN tahun lepas.
BACA: Gadis Cilik Ini Mempunyai Nama Paling Unik Dengan Satu Huruf Sahaja Iaitu ?D?
Menurut Ketua Pengarah JPN, Datuk Mohammad Razin Abdullah, nama Ismail direkodkan dengan 72,157 orang, Abdullah dengan 47,989 orang, Fatimah sebanyak 74,605 orang, diikuti Zainab 41,450 orang dan Azizah 34,114 orang.
Dan, nama terpanjang yang pernah didaftarkan di Malaysia ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam. Ia didaftarkan pada tahun 2014.
Sumber: Berita Harian
Gaya Hidup