Serangan demi serangan telah dibuat rejim Zionis keatas bumi Gaza, Palestin sehingga menyebabkan kehancuran harta benda, tempat tinggal dan juga kehilangan banyak nyawa.
![]()
Selain manusia, haiwan seperti kucing juga pasti terkesan dengan apa yang berlaku disana.
Advertisement
Satu video terakam menunjukkan seekor kucing berwarna oren, sedang berlegar-legar dikawasan yang musnah di Palestin, dek kerana perbuatan tidak berperikemanusiaan Zionis.

Lebih dikenali dengan panggilan Oyen di negara ini, kucing tersebut dilihat mundar-mandir dalam keadaan kurus keding, mungkin sedang mencari makanan bagi mengalas perutnya.

Malah, ia juga dilihat seakan-akan menangis, melihat kepada kehancuran tempat tinggalnya selama ini.
@playstatus36 kucing 🐱 saja menangis 😭apalagi saudara kita yang di sana😭semoga di berikan kejayaan orang palestina🇸🇩 aminnn#prayforpalestine #kucing #palestine🇵🇸 #freepalestine #fypシ゚viral ♬ suara asli - mhmmd_sfwn05
Dalam video berbeza, beberapa individu dilihat sedang menyelamatkan kucing yang tertimbus dengan batu akibat dibom Israel, hingga menyebabkan kehancuran bangunan.
@2pac.thadon Rescuing Cats From The Israeli Airstrikes #foryou #tiktok #cat #freepalestine #gaza #israel #israelpalestine ♬ Dreams (Remastered) - Nana Darkman & Booya Family
Sumber: Tiktok