Segelintir peminat aktor Bollywood, Salman Khan telah mengejutkan ramai pihak apabila bertindak membakar mercun dalam panggung wayang, ketika tayangan filem terbaharunya, Tiger-3, baru-baru ini.
![terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Nov/15/screenshot-2023-11-15-at-9-38-10-am.png)
Menerusi video yang tular, sekumpulan peminat aktor itu dilihat membakar mercun dan bunga api dalam sebuah panggung wayang yang terletak di daerah Maharashtra, Mumbai.
Advertisement
![terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Nov/15/salman-khan-bakar-mercun.png)
Tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mencetuskan suasana panik dalam kalangan penonton lain yang rata-rata bertempiaran berlari menyelamatkan diri.
@bollywoodmerijaann Ohhhhh!! #tiger #salmankhan #cinema #movie #movies #fyp #fypシ #foryou #foryoupage #bollywood #bollywoodmerijaann #spy #war #action #uae #india #dubai #dxb #mydxb #mydubai #wow #why #follow #following #followers #trend #trending #tiktokindia #tiktok #tiktoknews #likes #share #support #nepal #pakistan #ksa #gcc #kuwait #afghanistan #bangladesh #actor #actors #acting ♬ original sound - Salman Khan97_ ©
Salman Khan yang menyedari akan insiden itu telah meminta para peminatnya untuk berseronok dengan menonton filem, tanpa perlu melakukan sebarang aktiviti berbahaya.
![terlalu teruja, peminat salman khan bakar mercun dalam panggung wayang [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Nov/15/screenshot-2023-11-15-at-9-38-57-am.png)
“Saya mengetahui mengenai insiden kebakaran dalam panggung ketika tayangan Tiger-3. Perkara itu bahaya.
“Berseronoklah dengan filem tersebut tanpa meletakkan diri dan orang lain insiden yang berisiko. Kekal selamat,” katanya.
This is dangerous..pic.twitter.com/tj0fqXyVE4
— Gargi (@Gargijii) November 13, 2023
Insiden seperti itu bukanlah pertama kali berlaku oleh peminat Salman. Sebelum ini, situasi sama ketika tayangan filem Antim: The Final Truth iaitu pada tahun 2021.
Sumber: Tiktok