Majlis perkahwinan merupakan antara momen paling indah dalam hidup. Justeru, ramai yang akan mengabadikan detik indah ini dengan pelbagai kenangan tersendiri.
Advertisement
Seorang pengantin wanita, Nureen Qistina Hermy telah mencuri perhatian ramai kerana ‘menggoreng’ gitar lagu Canon Rock, dengan memakai busana pengantin disisi suami tersayang, pada 24 Disember lalu.
![pengantin wanita ‘goreng’ gitar lagu canon rock di majlis perkahwinan curi tumpuan [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/screenshot-2024-02-14-at-5-18-26-pm.png)
Video yang menjadi tular menerusi Tiktok @ nureenqist turut mendapat pujian ramai yang rata-rata mengagumi bakat wanita itu bermain gitar dengan profesional dan bersahaja.
![pengantin wanita ‘goreng’ gitar lagu canon rock di majlis perkahwinan curi tumpuan [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/screenshot-2024-02-14-at-5-17-53-pm.png)
![pengantin wanita ‘goreng’ gitar lagu canon rock di majlis perkahwinan curi tumpuan [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2024/Feb/15/screenshot-2024-02-14-at-5-17-41-pm.png)
Dream come true, Canon rock on my wedding 🫶🏻🤍
Beliau yang juga kakak kepada pelakon Hun Haqeem ini akui lagu Canon Rock adalah kegemarannya namun ia jarang dimainkan kerana sukar, berbanding lagu rock Inggeris lain seperti She’s Gone dan Sweet Child O’Mine yang lebih mudah.
Sumber: Tiktok