Seorang penumpang wanita telah dirakam cuba membuka pintu kereta api Transit Aliran Massa Singapura (SMRT) yang ketika itu sedang bergerak.
![penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Dec/04/screenshot-2023-12-03-at-10-54-06-pm.png)
Menerusi video tersebut, wanita yang tidak dikenali itu dilihat cuba membuka pintu MRT yang melakukan perjalanan di laluan Utara-Selatan.
Advertisement
![penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Dec/04/screenshot-2023-12-03-at-10-53-39-pm-side.png)
Ekoran kejadian terbabit, beberapa penumpang lain dalam kereta api itu kedengaran menjerit supaya meminta wanita tersebut berhenti melakukan perbuatan itu.
@mothershipsg When station staff entered the train to investigate, the commuter was "uncooperative" and even turned "aggressive", said SMRT. #sgnews #mrt #tiktoksg ♬ Breaking News Background Music (Basic A)(1001538) - LEOPARD
Menurut Presiden SMRT, Lam Sheau Kai berkata, kakitangan MRT dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 1 tengah hari pada Rabu lalu.
Ujarnya, kakitangan SMRT yang memasuki tren berkenaan untuk menyiasat punca kejadian tidak diberikan kerjasama oleh wanita terbabit, selain dia turut berkelakuan agresif.
![penumpang wanita dirakam cuba buka pintu mrt yang bergerak [video]](https://assets.astroaudio.com.my/brands_syok/media/Article/2023/Dec/04/screenshot-2023-12-03-at-10-47-46-pm.png)
Ekoran itu, pihak polis dipanggil untuk mengawal stesen berkenaan sebelum membawa wanita terbabit untuk tindakan selanjutnya.
Sumber: Asia One / Mothership