Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Perkara Yang Mungkin Anda Tak Tahu Tentang Haiwan Yang Paling Comel Ini

Kucing adalah salah satu haiwan yang paling cute di alam semesta! Semua orang pun mesti setujukan?

Walaupun korang sukakan kucing tapi mungkin ada beberapa perkara yang korang tidak tahu pasal haiwan ini. Jom kita tengok apa yang menarik!

Advertisement

1. Korang tahu tak kucing boleh minum air laut?

Specialnya kucing ini kalau korang nak tahu, kucing mempunyai buah pinggang yang boleh mengasingkan garam daripada air laut sekaligus membolehkan mereka meminum air laut. Kalau kucing dan manusia sama sama sesat di lautan, peluang untuk kucing survive adalah lebih tinggi berbanding dengan manusia. Wowww!

2. Tahu tak korang Kucing boleh mendengar ikan lumba-lumba

Kalau korang nak tahu, Ikan lumba-lumba menggunakan gelombang ultrasonik untuk berkomunikasi. So basically Kucing mampu mendengar bunyi ultrasonik itu. Secara teorinya, kucing boleh mendengar apa yang dibualkan oleh ikan lumba-lumba. Menarik bukan? Power tak power kemampuan kucing ni.

3. Lagi banyak kita berinteraksi dengan kucing, lagi banyaklah dia akan berinteraksi dengan kita

Kalau korang ada bela kucing dirumah, cuba try eksperimen ni bila korang balik kerja nanti ? try bercakap? dengannya. Borak dengan kucing korang macam korang borak dengan kawan. Ceritalah apa yang berlaku di office tadi, luahkan perasaan korang yang terpendam tu. Try Praktikkan dalam seminggu dua. Korang mesti akan perasan kucing korang akan lebih banyak ?meow?. Si comel pun ada luahan hati yang diorang nak share dengan kita juga. Hehehe

4. Kucing memang habiskan masa selama 16 hingga 20 jam sehari untuk tidur

Kucing memang haiwan yang paling kuat tidur. Atleast 20 jam sehari.Thats why la kalau korang perasan, diorang akan tidur sepanjang masa especially during day time. Ini kerana kucing perlu menyimpan tenaga mereka untuk melakukan aktiviti mereka pada waktu malam contoh macam memburu ke, bermain dan menjadi aktif. Siapa Seronok jadi kucing? Haha semua orang nak jadi kucing rasanya.

5. Fakta Kucing tertua di dunia berusia 26 tahun

Based on Guinness World Records , kucing berusia 26 tahun bernama Corduroy merupakan kucing domestik yang tertua di dunia yang masih hidup. Jangka hayat kucing usually hingga ke 16 tahun je..normally la. And actually mengikut rekod, kucing tertua yang pernah wujud bernama Creme Puff dan kucing tersebut berusia 38 tahun 3 hari. Panjang betul usia kucing ni kan.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber:

1. Iluminasi

2. beautifulnara

Advertisement