Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Ratu Cantik Malaysia 2019 Pakai Baju Bertemakan ‘Kuih-Muih’

Kalau tahun 2017 kita ada busana Nasi Lemak, tahun ini giliran Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon  pula memperagakan pakaian yang diilhamkan dari kuih-muih Malaysia.

Pakaian yang dihasilkan oleh Carven Ong ini dinamakan A Peranakan Indugence. Ia bercirikan gabungan pencuci mulut tradisional yang sinonim dengan budaya Melayu, Cina dan Peranakan. Untuk material kain pula Carven memilih songket dan batik Nyonya.

Advertisement

ratu cantik malaysia 2019 pakai baju bertemakan ‘kuih-muih’

Antara sajian pemanis mulut yang ada adalah kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah.

Difahamkan, proses menyiapkan pakaian in mengambil selama tiga bulan.

Memakai dan membawa aksesori seberat 28kg ternyata tak mudah namun dia akan menggayakan pakaian tersebut dengan penuh bangga dan berharap akan memenangi pertandingan itu.

Good luck untuk Swetha dan team Miss Universe Malaysia!

Advertisement