Pada tahun 2022, Malaysia telah merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit. Malay, Malaysia telah mencipta sejarah apabila mempunyai bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 dengan ketinggian 679-meter yang terletak di bekas Taman Merdeka.

Selepas kejayaan Merdeka 118, Malaysia dikatakan bakal menerima satu lagi bangunan tertinggi baharu dengan ketinggian mencapai 700-meter.
Advertisement
Menerusi hantaran yang tular di aplikasi X, akaun @skycrapersMY berkongsi satu foto yang dilapor dalam persidangan antarabangsa anjuran KLCC Holdings.

Ujarnya, menara setinggi 145 tingkat tersebut dikatakan mirip Tower M, yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.
Menara di dalam 'slide' pembentangan tersebut mirip Tower M, iaitu pencakar langit 145 tingkat yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.
Foto ilustrasi Tower M ini pernah disiarkan di laman web firma arkiteknya (kemudian dipadamkan selepas fotonya tular): pic.twitter.com/P9DPm63Orl
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) November 14, 2023
Pun begitu, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi terkini dibuat mana-mana pihak termasuk dari pemaju.
Tambah akaun @skycrapersMY lagi, cerucuk asasnya telah dikatakan ditanam sejauh 150-meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, iaitu lebih dalam daripada cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.
Tapak asas Tower M ini terletak di podium Lot M berhadapan stesen MRT Persiaran KLCC https://t.co/aOYzPqh1yJ
— Skyscrapers MY (@SkyscrapersMY) November 14, 2023
Persoalannya, adakah binaan ini akan menjadi kenyataan?
Sumber: Twiter (X) @skycrapersMY