Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Sebenarnya, Macam Mana Zombie Ni Boleh Wujud?

Sekarang ni banyak betul cerita tentang zombie. Semua negara pembuat filem mesti ada yang mengisahkan tentang zombie. Tapi, korang pernah terfikir tak macam mana perkataan atau idealogi ni boleh wujud? Mengikut sebuah portal anthropology, sejarah zombie bermula seawal kurun ke 8. Perkataan zombie dikatakan berasal daripada perkataan Kongo, nzambi yang bermaksud semangat orang mati.? Ada juga mengatakan perkataan ini berasal daripada perkataan Zombie yang digunakan oleh Louisiana Creole atau Haitian Creole yang mempersembahkan tentang mereka yang? mati tapi dibawa ke alam kehidupan tanpa boleh berkata-kata. Ada beberapa sebab kenapa terdapat mereka yang percaya kewujudan zombie. 1. Mereka percaya bahawa kaum Mayan telah dimusnahkan oleh makhluk Zombie. 2. Dikatakan Stone Age di Syria merupakan tempat tertanamnya badan yang tidak rosak. Tapi selepas beberapa tahun jasad mereka telah digali semula dan selepas itu tengkorak mereka telah dihancurkan. Berdasarkan website anthropology, mereka mengatakan kewujudan zombie ini hanya lah mitos semata-mata. Namun, terdapat beberapa kaum terutama sekali di Haiti yang percaya akan kewujudan zombie ini. Kalau korang, korang percaya tak dengan kewujudan zombie ni? Sumber: anthropology.msu.edu Oleh: Azwar Kamaruzaman

Advertisement

Advertisement