
Seorang gadis di twitter dengan twithandle @billiesya telah berkongsi satu kisah seram mengenai rakannya yang membeli baju terpakai di sebuah kedai bundle.
Advertisement
Dalam bebenang di twitter dia menceritakan kejadian tersebut berlaku apabila rakannya membeli sehelai hoodie di sebuah kedai bundle di Raub.
Ketika membeli hoodie tersebut, rakannya terperasan akan tanda merah seakan darah. Bagaimanapun, rakannya itu berfikiran positif dan menyatakan kotoran tersebut akan hilang selepas membasuhnya.
First of all, my friend go to satu kedai bundle ni dekat Raub. Then she buy satu baju hoodie. cantik tapi dekt bhgian tengkuk ada tanda merah macam darah la. so dia beli then " Balik kang basuh hilang lah tu " .
— Billiesya (@billiesya) June 23, 2020
Dia mengambil keputusan untuk membeli hoodie itu dan terus membasuh. Ternyata apa yang difikirkan itu benar apabila tompokan merah itu hilang setelah dibasuh.
Namun, pada suatu malam, dia bermimpi akan kehadiran seseorang dan meminta barangnya dipulangkan. Apabila tersedar, jam ketika itu menunjukkan pukul tiga pagi. Dia terus menghubungi rakannya untuk menceritakan perkara tersebut.
So then balik basuh, mmg hilang darah tu. Then mcam biasa lah kita keluar ootd pe semua okay je but one day dia mimpi yang ad orang cari dia. dia kata " aku nk barang aku ". dia terkejut. dia terjaga. bangun 3 pgi ws aku ckp xleh tido.
— Billiesya (@billiesya) June 23, 2020
Selepas seminggu diganggu, mereka mengambil keputusan untuk bertemu dengan seorang ustaz. Ustaz tersebut bertanyakan sama ada mereka ada pergi tempat tak elok waktu maghrib atau ada tersentuh barang orang mahupun bawa balik barang tidak sepatutnya.
Tetapi, mereka langsung tidak terfikir akan hoodie yang dibeli. Bagaimanapun, selepas teringat akan perkara tersebut mereka terus berjumpa dengan ustaz tersebut. Selepas itu, ustaz dan dua gadis ini mengambil keputusan untuk ke kedai bundle itu.
lepastu, dh inform kt ustaz psl baju tu . esok tu kitorg g balik kedai bundle. tanya pekerja dia tpi pekerja dia ckp mmg amik stock kt luarlah apa bagai. lepstu ustaz nk jumpa owner bundle tu. Mujur melayouuu. mudah bahasa sikit bila ckp psl makhluk halus kacau ni.
— Billiesya (@billiesya) June 23, 2020
Setibanya di sana mereka bertemu dengan pemilik kedai tersebut untuk bertanyakan tentang hoodie itu. Pada awalnya, pemilik kedai berkenaan berdolak dalik untuk memberitahu. Namun, akhirnya lelaki itu menceritakan perkara sebenar tentang hoodie itu.
Menurutnya, hoodie tersebut milik seseorang yang telah meninggal dunia akibat terlibat dalam satu kemalangan motosikal. Lelaki tersebut menceritakan segala-galanya kepada mereka bertiga.
Dia ckp baju yg dia amik tu baju dari orang yg meninggal excident motor. ustaz tanya lah mcm mana dia amik pesemua. So dia cerita lah dri a-z. Ustaz pun cakap " Kalau awak tau siapa tuan punya baju, lebih baik awak pulangkan secepat mungkin ".
— Billiesya (@billiesya) June 23, 2020
Ustaz tersebut telah berpesan agar dipulangkan semula baju itu sekiranya dia tahu siapakah pemilik hoodie yang dibeli oleh gadis berkenaan.
Seramnya! Sebab tu lah kalau nak beli sesuatu barang terpakai, perhatikan dahulu dan basuh sebaik mungkin. Jika rasa tak sedap badan seeloknya jangan pakai.
Sumber: twitter @billiesya