Anggota kumpulan K-Pop popular, Taeyang BIGBANG kini bergelar bapa selepas isterinya, Min Hyo Rin melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Pada 6 Disember lalu, media tempatan melaporkan bahawa pasangan tersebut menyambut kehadiran anak lelaki dalam keluarga mereka.
Advertisement
Susulan laporan tersebut, agensi Taeyang iaitu YG Entertainment turut mengesahkan, “isteri Taeyang, Min Hyo Rin baru-baru ini melahirkan seorang anak lelaki yang sihat.”
Taeyang dan Min Hyo Rin yang juga seorang pelakon pertama kali bertemu pada 2014 di set video muzik penyanyi itu iaitu “1AM” dan berkahwin pada Februari 2018.
September lalu, pasangan tersebut mengumumkan kepada orang ramai yang mereka menjangkakan anak pertama.
Tahniah kepada Taeyang dan Min Hyo Rin!
Sumber: [1]