Skip to main content

Advertisement

Gaya Hidup

Tak Perlu Siapkan Homework, Murid Dibenarkan Tidur Jam 9 Malam

tak perlu siapkan homework, murid dibenarkan tidur jam 9 malam

Foto: Sanghee Liu

Advertisement

Nampaknya ramai ibu-bapa dari Wilayah Zheijiang, China yang tak senang dengan peraturan baru tentang sistem pendidikan yang diperkenalkan di sana.

Murid-murid dibenarkan untuk tidur pada jam 10 malam walaupun mereka tidak menyiapkan kerja rumah dengan kebenaran ibu-bapa mereka. Malah, waktu tidur juga dicadangkan seperti, 9 malam untuk murid sekolah rendah manakala 10 malam untuk pelajar sekolah menengah.

Idea tersebut mencetuskan kebimbangan dikalangan ibu-bapa kerana risau akan menjejaskan akedemik anak-anak mereka untuk menghadapi ujian memasuki kolej.

Kelas tambahan pada hari minggu dan cuti sekolah adalah dilarang, ibu-bapa juga dinasihatkan untuk tidak menggalakkan persaingan antara anak-anak mereka dan pelajar lain.

Antara komen di tinggalkan laman sosial popular iaitu Weibo, peraturan baru ini hanya akan menyebabkan kanak-kanak atau pelajar menjadi kurang bertanggungjawab.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement