Sebuah roket dengan berat mencecah 12 tan dijangka akan tiba ke Bumi tidak lama lagi.

Bagaimanapun, saintis tidak dapat menganggarkan lokasi tepat dan jangkaan masa roket milik China itu akan jatuh ke Bumi.
Advertisement
Pada Ahad, 24 Julai lalu, modul stesen angkasa Wentian yang dibawa roket Long March 5B Y3 berjaya berlabuh dengan stesen angkasa Tiangong. Walau bagaimanapun, sesetengah pakar bimbang tentang roket yang akan dilupuskan ini kerana ia boleh menjadi ancaman yang teruk kepada penghuni di Bumi.

Menurut Space.com, ini adalah kali ketiga negara China dikritik kerana pelupusan roketnya yang tidak bertanggungjawab.
Jonathan McDowell dari jabatan Astrofizik dari Pusat Harvard-Smithsonian membuat pemerhatian dalam menjejaki roket China ini.
Menurutnya, Amerika Syarikat melakukan "kerja yang lebih baik" apabila melupuskan roket berbanding China.
Two objects cataloged from the CZ-5B launch: 53239 / 2022-085A in a 166 x 318 km x 41.4 deg orbit, 53240 / 2022-085B in a 182 x 299 km x 41.4 deg orbit. Orbital epoch of ~1200 UTC confirms that the inert 21t rocket core stage remains in orbit and was not actively deorbited.
— Jonathan McDowell (@planet4589) July 24, 2022
Menurutnya, tiada cara untuk meramalkan bila dan dimana roket 12 tan yang akan dilupuskan itu untuk menghentam Bumi, meskipun kemungkinannya adalah sangat rendah.
Meskipun begitu, kemungkinan untuk sesebuah roket mengentam Bumi dan seterusnya menyebabkan kemalangan kepada manusia perlu diambil serius.
Mengambil contoh jika roket milik China itu memasuki atmosfera Bumi dan menghentam sesebuah kawasan yang berpenghuni, ia adalah sama seperti kemalangan sebuah pesawat ringan dan mampu menyebabkan kematian kepada ribuan nyawa.
Sumber: Tech Times