Jawatankuasa Bertindak Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (CITF-C) akan terus memberikan maklumat berkenaan keberkesanan dan keselamatan penggunaan vaksin dalam kanak-kanak yang berusia 5 hingga 11 tahun.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pemberian vaksin secara sukarela tanpa paksaan kepada kanak-kanak adalah cari terbaik untuk melindungi golongan tersebut daripada jangkitan COVID-19.
Advertisement
“Saya tahu ramai ibu bapa yang masih risau dan masih ramai yang mengambil langkah ‘wait and see’ kerana kita melihat kepada data pendaftaran semalam hanya 15 peratus daripada golongan kanak-kanak yang layak untuk mendaftar.
“Kita akan terus beri maklumat terkini berkenaan keselamatan vaksin, keberkesanannya, kebaikannya kepada ibu bapa dan saya juga telah tegaskan vaksinasi kepada kanak-kanak adalah secara sukarela tanpa paksaan,” kata beliau.
Sumber: [1]