Satu video yang menyentuh hati telah menjadi tular menerusi platform X baru-baru ini, menunjukkan seekor gajah enggan melepaskan penjaganya.

Menerusi perkongsian video tersebut, kelihatan seorang lelaki dipeluk oleh gajah berkenaan, seolah-olah berat untuk melepaskannya pergi ke habitat asal.
Advertisement
Dapat dilihat anak gajah itu juga saling bertukar pelukan dengan penjaganya, menimbulkan suasana sayu di sebuah lokasi yang tidak disebut dalam video tersebut.

Malah, gajah tersebut dilihat mengejar penjaganya yang cuba ‘lari’ dengan menggunakan motosikal.
The bonding between the elephant and it's caretaker - it won't just let him go! ❤️ #elephants #bonding @Gannuuprem pic.twitter.com/AOkTmi7ceJ
— Ananth Rupanagudi (@Ananth_IRAS) September 27, 2023
"Ikatan antara gajah dan penjaganya sangat luar biasa. Ia seperti tidak melepaskannya," kata kakitangan kereta api, Ananth Rupanagudi dalam video yang mendapat 40,000 tontonan.
"Ia satu ikatan yang mulia dan menyentuh hati semua orang..semoga Tuhan memberkati mereka," menurut ciapan pengguna di platform X.
Sumber: X / Sinar Harian