Dunia kini tertumpu kepada konflik kemanusiaan yang berlaku di bumi Gaza dek kerana kekejaman rejim Zionis hingga menyebabkan kemarahan ramai pihak.

Untuk itu, ramai yang tampil bersoladiriti tanda sokongan penuh kepada Palestin dengan pelbagai cara ditunjukkan.
Advertisement
Terbaru di media sosial X, tular seorang lelaki yang dikatakan pelakon antarabangsa Hollywood, Jason Statham, sedang memasang bendera Palestin pada bonet kereta miliknya.

Dalam video berkenaan, lelaki itu kelihatan sedang membuka bonet trak hitam untuk menggantung bendera Palestin di tengah-tengah dan memasang kain pada kedua-dua cermin sisi sebelum dia masuk ke dalam trak dan memandu pergi.

Kapsyen video menulis:
“Pelakon Hollywood Jason Statham mencabar polis dan memasang bendera Palestin pada keretanya.”
Hollywood actor Jason Statham challenges the police and installs the Palestinian 🇵🇸 flag on his car. pic.twitter.com/ojmX3GgLlX
— Allah Islam Quran (@AllahGreatQuran) October 24, 2023
Video berkenaan mendapat pelbagai reaksi dan perkongsian semula daripada warganet.


Bagaimanapun ada yang mendakwa lelaki tersebut bukanlah Jason Statham, sebaliknya individu yang kelihatan mirip sepertinya.

Sehingga kini masih belum ada sebarang pengesahan dibuat mengenai kelibat lelaki berkenaan, namun apa yang pasti tindakannya dalam bersoladiriti untuk Palestin wajar dipuji.
Sumber: Albawaba