Israel Occupation Forces (IOF) baru-baru ini telah berkongsi video pandangan pertama daripada pasukan bersenjata mereka, ketika menyerang hospital dan sekolah di Gaza.

Video berdurasi 46 saat yang dikongsi semula pengguna aplikasi X, jelas menunjukkan kebodohan mereka sendiri kerana mereka hanya ‘menembak’ angin dan tidak mempunyai sesiapa pada sasaran mereka.
Advertisement

Dapat dilihat dalam video yang meraih lebih 2.5 juta tontonan yang mana tentera rejim Zionis menembak batu, meja dan sasaran bebas, membuktikan bahawa tiada pejuang Hamas berada dikawasan berkenaan seperti yang didakwa mereka selama ini.


IOF releases video of them fighting air inside hospitals and schools pic.twitter.com/e9JtjAo8p4
— dee 🪂 (@meowsandry) November 21, 2023
Tindakan itu juga membuktikan mereka adalah pengecut dan hanya berani mahu menyasarkan peluru dan bom kepada orang awam semata-mata.
Sumber: X