Baru-baru ni kecoh sana sini pasal kes gelang pink.
Yela kalau dulu, kita bebas pakai gelang pink ke mana-mana saja kita nak pergi.
Advertisement
Tapi, memandangkan individu yang di bawah pengawasan COVID-19 kini dipakaikan gelang pink, semua orang rasa ragu-ragu kalau nak pakai kan?

Takut kalau pakai gelang pink dekat kawasan awam nanti, tak pasal-pasal viral pulakkk.
Macam 2 kes yang terjadi kat Pulau Pinang, viral gambar 1 pasangan ni pakai gelang pink di kawasan parkir Bukit Bendera.

Tapi, bila dah siasat, rupanya itu gelang tangan dari sebuah kedai haiwan peliharaan.
Lagi satu kes terbaru kat Ipoh, viral gambar seorang wanita pakai gelang pink dekat sebuah restoran tapi bila dah siasat, itu sebenarnya gelang pengenalan masuk ke sebuah taman tema.

Kita patut puji sikap prihatin rakyat Malaysia yang cepat bertindak untuk laporkan kes pelanggaran SOP kuarantin wajib ni.
Tapi, pastikan semak betul-betul kesahihan maklumat tu sebelum nak viralkan kat media sosial.
Bayangkan kalau berita yang disebarkan tu palsu, bukan je orang yang diviralkan tu dapat masalah, tapi pemilik kedai pun boleh rugi tau sebab pelanggan lari takut dijangkiti Covid-19.
So, pastikan berita yang diviralkan tu sahih supaya individu yang betul-betul langgar arahan kuarantin wajib ni dapat ditangkap segera!
Perjuangan kita untuk cegah Covid-19 belum habis, jadi pastikan #kitajagakita, okay!
Oleh: Izzati Amir