Aplikasi telefon bimbit, WhatsApp dilaporkan bakal mewujudkan ciri baru tidak lama lagi yang mana admin kumpulan dibenarkan untuk memadam mesej semua ahli dan bukan hanya mesej sendiri.

Info tersebut dipetik daripada WABetaInfo.
Advertisement
Walaupun masih belum ada pengesahan rasmi mengenai ciri baru itu, ia bagaimanapun difahamkan sedang dalam pertimbangan Meta, iaitu syarikat yang memiliki WhatsApp.
Terdapat kemungkinan bahawa fungsi baru itu akan muncul dalam versi beta WhatsApp yang akan datang dalam kedua-dua versi Android dan iOS.
Selepas ciri baru itu siap kelak, admin kumpulan akan dapat memadam mesej yang dikongsi oleh mana-mana ahli kumpulan yang mana ia kemudian akan memaparkan mesej “This was deleted by an admin”.
Versi semasa WhatsApp tidak membenarkan admin untuk memadamkan mesej untuk semua orang dan hanya dibenarkan menambah atau mengeluarkan ahli dari kumpulan.
Ciri baru itu semestinya akan mendapat reaksi yang pelbagai daripada ramai pihak.
Namun, ia sedikit sebanyak berupaya membantu dalam mengurangkan penyebaran berita palsu yang kini berleluasa.
Sumber: [1]