Tidak boleh dinafikan amat sukar untuk mengekalkan penampilan sebagai wanita berhijab dalam industri hiburan.

Penyanyi Yuna yang sudah dikenali di peringkat antarabangsa mendedahkan kisah pada awal kerjayanya bahawa beliau pernah disuruh untuk menanggalkan tudung jika ingin menjadi seorang artis rakaman.
Advertisement
Menurut penyanyi Terukir Di Bintang itu, beliau menyatakan bahawa ada juga yang meminta dia mendedahkan bahu dan lutut di sesi fotografi tetapi dia enggan melakukannya.

“Apabila saya mula-mula bergelar penyanyi dan penulis pertama yang berhijab di Malaysia, ada beberapa majalah fesyen ketika itu yang enggan memilih saya sebagai wajah muka hadapan majalah.”
“Sekarang sudah ada banyak perubahan. Saya gembira melihat wanita seperti saya melakukan perkara yang diingini. Dan dunia semakin menerima wanita seperti saya yang memakai hijab ataupun turban.”

Beliau juga memuat naik gambar yang diambil pada tahun 2016 untuk majalah InStyle yang telah memberikan peluang kepadanya.
Perkongsian Yuna di akaun kepunyaannya itu mendapat respon positif daripada orang ramai.


Sumber: Instagram Yuna