Zoo Negara telah dilanda banjir kilat lebih satu jam bermula jam 5 petang pada Rabu (18 Oktober).

Menurut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, banjir kilat itu tidak seteruk yang pernah berlaku sebelum ini dan semua haiwan juga berada dalam keadaan selamat.
Advertisement
Ujarnya, hanya seekor capybara terlepas keluar ketika kejadian itu berlaku semalam dan ia telah diselamatkan dan dimasukkan semula ke kawasannya oleh kakitangan zoo.
@yatie424 18/10/23.. hujan lebat sngt.. banjir area rumah kita wak..😔 Paling kesian zoo negara pun terkena.. mcm mna lah nasib haiwan2 tu semua.. 😰 Sampai sekarang jem terok.. semoga dipermudahkan segala urusan mangsa banjir 🤲 #MRR2 #ZooNegara #HuluKelang #banjir2023 #tiktokmalaysia❤️🇲🇾❤️ #fypシ #Fyp ♬ Astaghfirullah (Cover) - Anisa Rahman
“Kebetulan sewaktu kejadian, kakitangan kita belum balik lagi dan mereka berada dalam keadaan bersedia.
“Semua haiwan kita juga berada dalam keadaan selamat kecuali seekor capybara terlepas keluar. Tetapi ia dapat diselamatkan dan dimasukkan balik (ke dalam kawasannya) oleh kakitangan kita.
“Selain itu, dua panda juga selamat kerana berada di tempat yang tinggi,” katanya.
zoo negara banjir
Kerja-kerja pembersihan akibat banjir kilat itu juga telah dijalankan pada malam tadi dengan bantuan pihak Bomba dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sehingga jam 11.30 malam.
Zoo Negara dilapor dibuka dan beroperasi seperti biasa hari ini.
Sumber: HMetro / Tiktok / Zoo Negara