Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Inspirasi Dari Bangau Perahu, Miss Universe Malaysia 2018 Kelihatan Seperti Seorang Puteri Pahlawan

Published

on

Kredit hype.my

Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) akhirnya melancarkan pakaian kebangsaan yang akan dipakai oleh Miss Universe Malaysia 2018 Jane Teoh pada pertandingan Miss Universe ke-67 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada 17 Disember 2018.

Kostum Kebangsaan ‘Bangau Perahu’  di inspirasikan oleh elemen artistik ketukangan tradisional Melayu oleh pereka fesyen Salleh Hamid.

“Ilham baju ini datang daripada  budaya Melayu yang kaya dan kepercayaan tradisional, keaslian dalam kraf seni pembuatan kapal di zaman dahulu, dan seni Melayu iaitu ‘Awan Larat’ yang biasanya dilihat dalam ukiran,” katanya.

Kostum kebangsaan yang unik diilhamkan oleh ukiran kayu ‘bangau perahu’ yang biasa dilihat pada bot nelayan tradisional oleh masyarakat Melayu di Pantai Timur.

Salleh Hamid menghabiskan masa 6 bulan untuk memasukkan konsep itu ke kostum di mana dia menggunakan ‘bangau’ di bahu kanan, ‘kook’ di bahu kiri, dan ‘caping’ di leher.

Busana tersebut akhirnya menghasilkan bayangan Puteri Pahlawan dengan korsetnya yang berbentuk seperti perisai dihiasi dengan ukiran kayu dalam corak Melayu tradisional yang dikenali sebagai ‘Awan Larat’.

Untuk melengkapkan lagi busana tersebut, sebuah kasut biru yang direka khas oleh pereka kasut Rhea Tan.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending