Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Kajian Dapati, Malaysia Antara Negara Yang Tertinggi Suka Bela Kucing

Published

on

Pecinta haiwan mesti tahu, kucing boleh bantu kurangkan stres. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Profesor Adna Qureshi dari Minnesota University, membelai kucing mampu menurunkan kadar hormon stres dalam darah. Tahukah anda, tekanan stres yang tidak terkawal boleh mengundang sakit jantung?

Terbaru, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Dahlia Reseach mendapati Malaysia berada di kedudukan keenam di dunia yang mana penduduknya membela kucing sekurang-kurangnya seekor pada tahun 2017. Malaysia berkongsi kedudukan dengan Chili, Itali dan UAE. Manakala, Rusia pula menduduki kedudukan teratas dengan 59 peratus rakyat negara itu membela sekurang-kurangnya seekor kucing.

Di Asia Tenggara pula, Malaysia berada di kedudukan pertama dan dikuti dengan Vietnam di tempat kedua.

Tengok ni.

Wah! Tak sangka rakyat Malaysia suka bela binatang peliharaan. Maknanya, rakyat Malaysia ni ramai yang penyayang. Tak gitu?

Sumber: Siakap Keli & dahliaresearch.com

Lokal

Kecoh Bila Balai Seni Negara Guna Doraemon Sebagai Promosi?

Published

on

By

Kecoh sekarang di laman sosial berkenaan tindakan Balai Seni Negara mempromosikan pameran kartun atau lukisan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020!

Antara alasannya, pameran itu secara tidak langsung boleh mempromosi Malaysia di seluruh dunia dan jadi daya tarikan pelancong luar datang ke negara ini.

Tapi ramai ‘membahan’ cara itu termasuklah tokoh, pemimpin juga netizen dan dah tentulah tentera bawang Malaysia.

Antaranya Persatuan Animasi Malaysia (ANIMAS) dan tokoh kartunis negara, Datuk Lat yang berpendapat sepatutnya kartun atau animasi tempatan digunakan untuk usaha promosi negara dan menarik kedatangan pelancong.

Turut melahirkan rasa terkilan adalah penerbit animasi tempatan popular Upin & Ipin yang berkongsi luahan di laman sosial secara ‘gurauan dalam sinis’.

Namun terkini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi tampil buat kenyataan.

Beliau nafi pameran tu sebagai sebahagian bahan tarikan dan promosi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Malah kata Datuk Mohamaddin, jika mahu mengangkat watak animasi, sudah semestinya kementerian akan pilih kartun tempatan, bukannya dari negara lain.

Jadi jelas beliau, kenyataan Pengerusi Balai Seni Negara berkenaan perkara itu bersifat peribadi dan tidak pernah dipersetujui kementerian.

Dah jadi macam ni dan ramai yang bersuara menentang tentunya akan ada tindakan lanjut dan lebih jelas daripada pihak terlibat kan?
Harapnya begitulah…

Nampak remeh tapi isu ni sedikit sebanyak bagi pendapat penulis menyentuh nilai jati diri.

Oleh: KJSumber & foto: BERNAMA, Malaysia Kini, FB CLocK Is Jam & internet

Continue Reading

Lokal

Boleh Check Kawasan Yang Terjejas Akibat Gangguan Bekalan Air Menerusi Google Maps

Published

on

By

Bermula esok banyak kawasan yang terjejas akan akibat gangguan bekalan air. Ini termasuklah di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling termasuk Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Foto: Kosmo

Masalah ini adalah kerana memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang akan dilaksanakan pada 24 April 2019 untuk tempoh 14 jam, menyebabkan henti tugas loji sepenuhnya.

Anda boleh melihat dengan jelas menerusi peta kawasan yang terjejas secara visual di Google Maps yang dihasilkan secara sukarela oleh MambangStory. Terbaiklah bro!

Ianya lebih mudah dilihat serta lengkap dengan tarikh bilakah bekalan air akan dipulihkan semula.

Check kat sini.

Kredit:

Twitter MambangStory

Amanz

Kawasan yang terjejas

Continue Reading

Lokal

KLIA Akan Ditukarkan Nama Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA)?

Published

on

By

Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dikhabarkan mahu diberikan penjenamaan semula dengan menukarkan nama kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (SIA).

Foto: Freepik

Lapangan terbang antarabangsa terkenal sering menggunakan nama daerah sebagai nama, contohnya Lapangan Terbang Tokyo Haneda atau Narita di Tokyo, Lapangan Terbang Incheon di Seoul, Lapangan Schipol di Amsterdam dan sebagainya.

Cadangan tersebut diutarakan oleh exco Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan PErdagangan Industri Kecil dan Sederhana iaitu Datuk Teng Chang Kim.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke masih belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada negeri Selangor.

Memetik kenyataannya di Malaysiakini, “Saya belum menerima sebarang permohonan rasmi dari kerajaan Selangor. Setakat ini, nama KLIA kekal.”

Sumber

Continue Reading

Lokal

Rakyat Malaysia Cipta Ciri Tambahan Untuk Menghalang Semua Spoiler ‘Avengers: Endgame’

Published

on

By

Baru-baru ni kecoh apabila spoiler filem Avengers: Endgame dikongsikan di media sosial oleh individu yang tak bertanggungjawab.

Sampaikan pengarah filem tersebut iaitu adik beradik Russo meminta agar penonton untuk tidak menyebarkan spoiler filem itu bagi menghormati mereka yang belum menontonnya lagi.

Alahai, dah nak masuk tahun 2020 dah. Tapi masih wujud lagi golongan yang suka sebarkan spoiler ni.

via GIPHY

Terbaru, bagi mengelakkan spoiler Avengers: Endgame dari melintasi timeline anda, seorang rakyat Malaysia telah membuat ciri tambahan Google Chrome untuk menyekat semua post berkaitan filem berkenaan. Terbaiklah!

Aplikasi khas yang dipanggil No Spoilers dihasilkan oleh Ng Khai Yong, secara automatiknya akan mengaburkan mana-mana post berkaitan filem Avengers: Endgame.

Sumber: Facebook Ng Khai Yong

Continue Reading

Lokal

GEMPAR! Majlis Perkahwinan Diserbu Hantu

Published

on

By

Bayangkan majlis perkahwinan korang diserang oleh makhluk halus atau hantu, macam mana perasaan korang masa tu?

Menjerit tu dah kira wajib lah kalau terserempak dengan hantu ni, tapi mesti ada yang lari tak cukup tanah jugak kan?

Menurut penduduk Kampung Parit 13, Hutan Melintang, Perak, kejadian sebegini berlaku setiap kali majlis perkahwinan dilangsungkan di kawasan mereka.

Tapi korang janganlah ingat hantu betul yang serbu rumah pengantin ni pulak. Bukan!

Sebenarnya, ini salah satu tradisi masyarakat jawa di perkampungan itu yang dipanggil “Abit & Cepet”.

Bagi masyarakat jawa di situ, “Abit” membawa maksud sekumpulan anak muda lelaki yang bermain api dan membuat persembahan dengan memusingkan obor.

Tengok ni.

Manakala “Cepet” pula bermaksud berpakaian menyerupai hantu untuk menakutkan tetamu.

Menurut pengguna Facebook, Ann (bukan nama sebenar), acara ini merupakan acara wajib yang paling dinanti-nantikan tetamu setiap kali berlangsungnya majlis perkahwinan di kawasan itu.

Senang cakap, tak sempurnalah majlis perkahwinan di Kampung Parit 13 ni kalau tak ada acara tradisi ni.

Abit & Cepet ni biasanya dilangsungkan selepas majlis akad nikah, iaitu pada waktu malam ketika majlis titik inai.

Pengantin akan diarak oleh paluan kompang disertai kumpulan Abit yang akan membuat persembahan api sambil berjalan.

Sebaik tiba di rumah pengantin, Cepet yang dari awal dah menyorok akan segera keluar untuk menakut-nakutkan tetamu serta kanak-kanak.

Kata Ann (bukan nama sebenar), ada kejadian sehingga pengantin menangis ketakutan dan tetamu pengsan kerana tak biasa menyaksikan acara itu.

Bagaimanapun jelasnya, acara ini sudah sebati dengan penduduk Kampung Parit 13 dan sekadar hiburan untuk mereka yang bersusah-payah menjayakan majlis perkahwinan.

Sebagai penutup acara “Abit & Cepet” ni, penduduk di situ akan meraikannya dengan semangkuk bubur sum-sum.

Haa, dah macam sambutan Halloween pulak kan siap ada hantu ni semua? 

Jadi, kalau ada antara korang yang nak melangsungkan perkahwinan dengan orang dari Kampung Parit 13, Hutan Melintang ni, pastikan ilmu penuh di dada.

Takut pengsan atau lari tak cukup tanah pulak bila terserempak dengan hantu-hantu kat sini. Hehehehe. 

Oleh: Karami Kamel

Continue Reading

Lokal

Boleh WhatsApp Atau SMS Je, Kalau Nak Buat Aduan Tentang ‘Scammers’

Published

on

By

Pernah tak terima panggilan yang cakap korang ada hutang dengan bank yang jumlahnya tak munasabah langsung!

Atau, tiba-tiba dapat SMS yang cakap korang menang hadiah atau wang tunai, walaupun korang sebenarnya tak pernah masuk pun apa-apa pertandingan sebelum ni.

Haaa jaga-jaga itu semua taktik ‘scammers’ atau penjenayah komersial yang nak pancing duit tanpa kita sedari!

Apa itu jenayah komersial?

Jenayah komersial meliputi jenayah seperti penipuan yang memperdaya seseorang atau syarikat untuk mendapatkan barang-barang dan wang melalui pemalsuan. 

Antara jenayah yang dikategorikan sebagai jenayah komersial adalah penipuan kad kredit, e-banking, wasiat, insuran, antarabangsa, cinta dan pembungkusan.

So, kalau korang pernah ada dalam situasi penipuan ni, jangan risau sebab PDRM dah lancarkan Commercial Crime Investigation Department, CCID Infoline!

Dengan adanya CCID Infoline ni, korang boleh kongsi maklumat, aduan atau pertanyaan tentang jenayah komersial yang pernah terjadi.

Caranya mudah je dengan menghantar aduan tu melalui SMS dan WhatsApp ke nombor 013-2111222.

Tapi ingat tau, nombor ni tak boleh call sebab dikhaskan untuk penghantaran mesej sahaja.

Waktu operasi adalah setiap hari dari 8 pagi hingga 12 tengah malam dan maklum balas akan diberikan dalam tempoh masa terdekat, mudah kan?

Okay lepas ni kalau ada je panggilan atau SMS yang mencurigakan, korang dah tau kan nak buat aduan dekat mana – 013-2111222.

Selamat mencuba!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Satu Keluarga Bazirkan Hampir Satu Kilogram Makanan Setiap Hari, Biar Betul?!

Published

on

By

Percaya atau tak, secara purata, setiap keluarga bazirkan hampir satu kilogram makanan setiap hari!

Ya, itulah realitinya dan ia antara penyumbang terbesar kepada lebih 16,000 tan pembuangan sisa makanan setiap hari di negara ini.

Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata sisa makanan yang dihasilkan oleh keluarga di rumah mewakili 38 peratus, pasar basah 24 peratus, restoran 23 peratus dan hotel 7 peratus.
Malah, trend pembuangan sisa makanan itu meningkat 15 hingga 20 peratus pada musim perayaan dan bulan Ramadan.

Antara punca utama pembaziran ini berlaku adalah membeli secara berlebihan, penyimpanan makanan tidak sempurna dan faktor gaya hidup mewah.

Jadi, untuk atasi masalah itu, pihak Alam Sekitar Institut Kefahaman Islam Malaysia kini sedang menjalankan Projek Pengurangan Sisa Makanan melalui program intervensi berasaskan agama bersama beberapa agensi lain antaranya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, SWCorp.

Haa lagi beberapa minggu je lagi Ramadan nak bermula ni, confirm la meriah dengan bazar Ramadan, promosi buffet hotel sana sini kan.

Tapiii ingat tau, dalam kita berbelanja, ramai lagi sebenarnya yang tak mampu nak berbuka puasa dengan makanan yang lengkap pun.


Cuba bayangkan lebihan makanan yang kita tak habis makan tu, sebenarnya boleh penuhkan perut mereka yang tak mampu..

So, jom berbalik kepada tujuan asal ibadah puasa iaitu untuk mendidik jiwa dengan rasa syukur terhadap rezeki yang ada.

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Rakaman Video Insiden Letupan Dan Kebakaran Di Kilang Petrokimia di Pengerang

Published

on

By

Insiden letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor yang berlaku pada jam 1.15 pagi berjaya di padamkan sepenuhnya pada 2.15 pagi tadi.

Difahamkan, terdapat dua warga tempatan mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah, mereka menerima laporan pada 1.20 pagi berhubung insiden kebakaran kecil yang berlaku di salah satu lot tapak projek.

Kenyataan media Polis Johor.

Kenyatan media Petronas.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

Video kejadian.

Malah ada yang mendakwa letupan dan gegaran itu dapat didengari dan dirasai sehingga ke Singapura!


Sumber:

  1. Astro Awani
  2. Twitter @sheqalsaliman

Continue Reading

Lokal

Lepas Ni Budak Sekolah Lebih Tahu Tentang Undang-Undang Negara Berbanding Orang Dewasa. Kenapa?

Published

on

By

Jangan terkejut kalau lepas ni murid sekolah lebih tahu tentang sistem perundangan negara berbanding orang dewasa!

Sebab apa? Sebab kerajaan telah melancarkan program “From Courtroom to Classroom”, MYC2C tau!

Program itu merupakan kerjasama antara Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dengan Kementerian Pendidikan.

MYC2C diwujudkan untuk memberi pendedahan mengenai undang-undang negara kepada masyarakat seawal di bangku sekolah.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah lawatan ke mahkamah baru-baru ini manakala lawatan hakim dan peguam ke sekolah pula akan bermula Jun nanti.

Untuk pengetahuan korang, program sebegini sudah pun dilaksanakan di beberapa negara seperti Amerika, Britain dan Filipina tau.

Haa kalau dah tau pasal undang-undang, mungkin kes buli dan salah guna dadah di sekolah pun dapat ditangani.

Jadi, adik-adik yang bakal sertai program ini jangan sia-siakan peluang yang diberikan, mana tau korang ada potensi nak jadi peguam pada masa akan datang!

Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Satu Lagi Karya Daripada Penulis Terkenal, Ramlee Awang Murshid Bakal Di Filemkan

Published

on

By

Selepas Tombiruo, kini sebuah lagi filem thriller yang diadaptasi dari novel penulis terkenal, Ramlee Awang Murshid bakal diterbitkan.

Menerusi status Facebook Ramlee Awang Murshid Fan Clun (RAMFC) memberitahu, Ramlee Awang Murshid menerusi syarikat produksi baru dalam perancangan menerbitkan filem adaptasi dari Novel Terlaris 2018 iatu Banja Manggala.


Setakat ini, filem ini masih dalam proses pra-produksi. Filem ini dijangka menemui peminat selewat lewat pada tahun 2020. 

Continue Reading

Trending