Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Kaki Paling Fleksible, Mampu Jalan Mengundur Paling Pantas Di Dunia

Published

on

Moses Lanham, 57 tahun, dari Michigan, dikenali sebagai ‘Mr. Plastic’ mempunyai kebolehan untuk memutarkan kakinya kebelakang sebanyak 180 darjah dan boleh jalan mengundur.

Kebolehan yang jarang diperoleh oleh orang biasa ini mula diketahui oleh Moses ketika beliau berusia 14 tahun. Ketika itu, beliau terjatuh selepas memanjat tali dan mendarat secara kebelakang.

Ujian kesihatan juga menunjukkan Moses tidak mengalami sebarang penyakit.

Moses Lanham juga kini memegang rekod dunia sebagai Manusia Yang Mempunyai Kaki Paling Fleksible dan Orang Yang Jalan Mengundur Paling Pantas Di Dunia.

Sumber: Youtube

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelik Tapi Benar

Pilot Cuba Landing Flight Sambil Tutup Mata Dan Akhirnya…

Published

on

By

Gambar hiasan

Setiap benda yang kita buat ni, kena ambil sesuatu dengan serious. Tak kira lah benda tu mudah atau apa. Tapi, tetap kena beri tumpuan. Jangan buat main-main. Sebab kadang-kadang kita rasa kesan tu mungkin kecil tapi sebenarnya boleh menjadi besar.

Ini kisah pada tahun 1986 di mana seorang juruterbang di Moscow cuba berlagak dengan co-pilotnya dengan menyatakan dia boleh mendaratkan kapal terbang tersebut dengan menutup mata. Jadi, untuk membuktikan kata-katanya itu dia melakukan perkara sedemikian.

Tanpa disangka perbuatannya itu telah membunuh 62 penumpang yang tak berdosa. Pendaratannya tersasar dan menyebabkan pesawat tersebut terhempas. Dan akhirnya beliau telah dipenjarakan selama 15 tahun.

Pengajaran dekat sini, jangan lah buat main-main benda yang melibatkan nyawa orang lain. Walaupun kita dah ‘power’, anggap je benda yang kita buat tu sebagai satu permulaan. Kesian nyawa-nyawa yang tidak berdosa tu.

Sumber: The Washington Post

Oleh: Azwar Kamaruzaman

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Wanita Mahu Beg Tangan Daripada Kulit Kaki Sendiri

Published

on

By

Foto: HeungSoon/Pixabay

Pelik tapi benar, seorang wanita berusia 55 tahun dari Manchester, England yang menderita penyakit arteri perifer tak lama lagi akan membuat pembedahan memotong kaki kirinya.

Dia kini sedang mencari pengilang yang sanggup membuat beg kulit dari kulit kaki kirinya itu.

Sewport, platform dalam talian yang menghubungkan jenama dan pengilang, menerima permintaan aneh wanita yang hanya dikenali sebagai Joan dalam mencari pengeluar barangan kulit.

Permintaan wanita tersebut dianggap relevan dan mereka akan membantunya mencari kilang yang boleh memenuhi impiannya itu.

“Saya tahu ia permintaan aneh dan menjijikan dan sesetengah mungkin berfikir saya gila, tapi itu kaki saya dan saya tidak boleh mensia-siakannya begitu saja,” kata Joan dalam mesejnya kepada Sewport.

“Ia adalah sebahagian daripada saya dan saya mahu menyimpannya.”

Joan dilaporkan telah menghantar lakaran beg tangan dan ideanya kepada Sewport. Dia menginginkan beg bersaiz sederhana dengan tali pendek.

Tengok ni.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Ini Bukti Ayah Lebih Fun Dan Kreatif Berbanding Mak. Terhibur Tengok

Published

on

By

Ayah bila jaga anak lebih fun berbanding mak. Majoriti mak lebih cermat, lebih berhati-hati dan terlebih overprotective berbanding ayah.

Perkara melibatkan anak kebiasaannya mak yang lebih sensitif dan ayah pula jenis bedal saja.

Macam situasi kat bawah ni. Tengok ni.

Si ayah terpaksa menggunakan strawberi sebagai umpan.

Budak lelaki itu dikatakan tidak mahu pulang ke rumah, jadi si ayah perlu menggunakan cara kreatif untuk ‘memancingnya’.

Mak mana yang sanggup buat macam ni kat anak? Susah nak cari kan?Jadi, itulah sebabnya kami berani cakap si ayah lebih fun dan kreatif berbanding mak. LOL!

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Nombor Plat Emoji Akan Dilancarkan Secara Rasmi Tak Lama Lagi

Published

on

By

Emoji merupakan satu bentuk komunikasi visual. Penggunaan emoji  sering digunakan dalam kehidupan seharian terutamanya dalam komunikasi berteks.

Terbaru, Queensland, Australia emoji akan digunakan pada nombor plat kenderaan bermula bulan depan.

Nombor plat emoji ini akan menelan kos tambahan dan ia hanya untuk hiasan.

Menurut BBC, hanya beberapa jenis pilihan emoji sahaja yang boleh digunakan. Pilihan terhad kepada emoji wajah mengenyit mata, emoji dengan cermin mata hitam, mata love dengan emoji senyum yang standard tu.

Pengguna boleh memilih nombor plat kenderaan dengan emoji pilihan mereka, dan menggunakannya pada kenderaan masing-masing. Penawaran ini adalah lebih kurang sama seperti penggunaan simbol pasukan kenderaan atau logo bandar di Australia.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Anak Obses Main Game, Bapa Upah Pro-Gamer Bunuh Anak Dalam Video Game

Published

on

By

Gambar hiasan.

Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk membuatkan seseorang itu merasa ‘fed up’ untuk bermain game lagi.

Seorang bapa di China telah mengupah pro-gamer hanya untuk membunuh anaknya dalam permainan video supaya anaknya merasa bosan untuk bermain permainan video itu lagi.

Dipetik dari BBC, Mr Feng yang risau akan anaknya yang terlampau obses dengan permainan video bertindak mengupah pro-gamer bagi membunuh anaknya dalam permainan video Warcraft.

Anaknya menghabiskan masa 10 hingga 14 jam sehari hanya untuk bermain permainan video dan malas berkerja.

Sumber: BBC


Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Tindakan Insta Famous Campak Kerusi Dari Tingkat 45 Undang Kemarahan

Published

on

By

Gila ‘like’ sampai sanggup melakukan aksi-aksi pelik yang merbahaya.

Satu rakaman menunjukkan seorang insta famous yang dikenali sebagai Marcella Zoia bertindak melempar kerusi dari tingkat 45 semata-mata untuk video content Instagramnya.

Tindakan tak bertanggungjawab dan memberbahayakan nyawa orang lain mengundang kemarahan orang ramai.

Video tersebut jadi viral selepas ia dikongsikan di Instagram milik Marcella sendiri.

Tengok ni.

Difahamkan, kerusi itu dicampak ke luar melalui apartment yang disewa melalui Airbnb di Toronto, Kanada.

Polis melaporkan tiada sesiapa yang cedera dari insiden tersebut.

Gadis berusia 19 tahun itu dilaporkan menyerah diri kepada pihak polis. Dia dibebaskan dengan ikat jamin $2,000 dan telah diperintahkan untuk tinggal bersama ibunya.

Dia juga tidak dibenarkan menghubungi empat individu lain yang terlibat dalam insiden itu.

“Ini adalah tingkah laku yang tidak bertanggungjawab yang tidak dapat diterima,” kata Walikota Toronto, John Tory kepada CBC. “Ia merupakan tingkah laku yang sangat tidak bertanggungjawab yang boleh menyebabkan kecederaan serius dan kematian.”

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Misteri Salji Hitam Turun Berlaku Di Rusia

Published

on

By

Di Rusia, satu fenomena aneh berlaku di mana salji yang normalnya berwarna putih turun warna hitam di bandar Rsuia.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di bandar Kemerovo, Prokopyevsk, Kiselyovsk dan Novokuznetsk

Pelbagai andaian daripada orang ramai selepas fenomena luar biasa itu tular di media sosial

Tengok ni.

MIsteri salji hitam itu bagaimanapun terjawab apabila mendapati punca sebenar kejadian aneh itu. Rupa-rupanya terdapat kerosakan pada sisitem penapis udara di salah sebuah lombomg arang batu di bandar tersebut.

Kemerovo memiliki salah satu lombong arang batu terbesar dunia. Difahamkan lokasi tersebut terjejas teruk apabila salji hitam meliputi kawasan seluas 70,000 kilometer persegi.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Fenomena Aneh Hujan Setempat Hanya 5 Meter Di Indonesia

Published

on

By

Satu fenomena aneh berlaku di Binjai Sumatera Utara di mana hujan hanya turun di satu tempat seluas 5 meter saja. Kejadian ini berlaku betul-betul di Pasar Kaget, jalan Ahmad Yani Binjai telah mencuri perhatian ramai.

Tengok ni.

Difahamkan, kejadian seperti ini pernah berlaku pada dua tahun lepas di Tebet, Jakarta Selatan. Kejadian yang berlaku di sebuah rumah berukuran 5×5 meter itu merupakan suatu fenomena yang agak ganjil kerana hujan tersebut turun pada satu tempoh yang agak lama, kira-kira 6 jam.

Fenomena seperti ini juga dikatakan jarang-jarang berlaku.

Tengok ni.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Restoran Ni Sangat Sesuai Untuk Orang Yang Forever Alone

Published

on

By

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Obesity Research & Clinical Practice mendapati seseorang yang sering makan berseorangan lebih cenderung mempunyai diabetes.

Tidak hairan jika sebilangan restoran mula mencari cara yang berkesan untuk pelanggan yang datang bersendirian. Salah satunya ialah dengan menyediakan teddy bear besar.

Tengok ni.

Video yang dimuat naik menerusi laman Twitter itu menerima pelbagai reaksi netizen. Sehingga kini video tersebut telah mendapat lebih 7 juta tontonan.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

[Video] Niat Nak Bergurau, Ditampar Pengantin Lelaki Di Majlis Perkahwinan

Published

on

By

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi saat terindah dalam hidup bertukar sedih atau mungkin malu buat pengantin perempuan ini apabila ditampar suaminya ketika cuba bergurau untuk menyuapkan kek. Setiap orang ada tahap kesabaran sendiri, tetapi menampar tangan isteri semasa majlis perkahwinan anda sesuatu yang tak boleh diterima. 

Continue Reading

Trending