Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Pelik Tapi Benar

Kantoi! Letak Empat Ekor Anak Kucing Dalam Seluar, Cubaan Seludup Masuk Ke Singapura

Published

on

Pelbagai ragam manusia yang kita jumpa. Lagi ramai orang yang kita jumpa, lagi macam-macam kerenah yang anda akan lihat. Kadang-kadang tu benda yang tak masuk akal pun mereka boleh buat.

Terbaru, seorang lelaki berusia 45 tahun telah ditahan ketika cuba menyeludup masuk empat ekor anak kucing dari Malaysia ke Singapura.

Difahamkan, pihak berkuasa Singapura baru-baru ini telah menahan seorang lelaki yang ditangkap menyeludup empat ekor anak kucing dalam seluarnya.

Menurut satu kenyataan di laman Facebooknya, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksa di Singapura berkata pegawainya diminta melakukan pemeriksaan lanjut apabila mereka mendengar bunyi kucing dari arah lelaki yang berasal dari Singapura itu. Bertambah curiga lagi apabila melihat terdapat bonjol besar di seluarnya.

Anak kucing itu kemudiannya diambil dari lelaki itu dan kini berada di bawah penjagaan dan kuarantin Badan Agri-Makanan & Veterinar Singapura (AVA).

Menerusi status Facebook yang sama, mereka memberi amaran bahawa “haiwan yang diseludup masuk tidak diketahui status kesihatannya mungkin membawa penyakit eksotik, seperti rabies, ke Singapura.” Di bawah Akta Haiwan dan Burung negara, membawa masuk haiwan tanpa lesen adalah haram dan membawa hukuman maksimum Denda $10,000 (RM30,325), dipenjarakan sehingga satu tahun, atau kedua-duanya.

Pelik Tapi Benar

Bilik Khas Ini Bantu Orang Ramai Untuk Hilangkan Rasa Marah Dan Stress

Published

on

By

Kesihatan mental berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kehidupan yang penuh tekanan mengundang bahaya. Tapi jika anda ada cara untuk mengawal stress, anda pasti dapat menangani tekanan dengan lebih berkesan.

Sebenarnya ada berbagai cara yang boleh dilakukan dalam mengawal stress. Antaranya bernafas dengan dalam, bercakap dengan seseorang, berehat sambil mendengar muzik dan cuba berfikiran positif.

Di Beijing, China pula terdapat sebuah kedai yang membolehkan pengunjung datang untuk memecahkan atau memukul barang-barang yang terdapat di dalam bilik marah bagi melepaskan stress atau rasa marah mereka.

Bilik marah di Beijing ini dicaj pada harga 158 yuan (RM96), boleh digunakan untuk tempoh 30 minit. Pelanggan perlu menyarungkan pakaian perlindungan sebelum mula memukul barang-barang dengan penukul atau kayu besbol berlatar belakangkan muzik pilihan pelanggan itu sendiri.

Antara barang yang terdapat di dalam bilik marah itu.

Tujuan Smash ini dibuka adalah untuk membantu golongan yang hidup tertekan di bandaraya Beijing. Kira-kira 600 pelanggan yang mengunjungi Smash setiap bulan.

Perkhidmatan seperti ini dikatakan terdapat bukan sahaja di Beijing, malah di negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Menghidap Penyakit Pelik, Wanita Ini Dakwa Tak Boleh Dengar Suara Lelaki

Published

on

By

Chen, seorang wanita yang berasal dari bandar Xiamen, Timur China, mendakwa tidak boleh mendengar suara lelaki, sejurus bangun dari tidur. Beliau bergegas ke hospital dan mencari punca kepada penyakit pelik yang dialaminya kerana mendakwa terasa sakit dari dalam telinga.

Selepas dirawat, doktor mengesahkan Chen mengalami masalah hilang pendengaran berfrekuensi rendah apabila tidak dapat mendengar suara yang lebih rendah dan mendalam, atau deeper sound.

Suara rendah dan mendalam kebanyakkannya dihasilkan oleh lelaki, manakala wanita pula menghasilkan suara yang lebih nyaring dan berfrekuensi tinggi dan nyaring.

Penyakit yang dialami Chen ini juga dihidapi oleh satu dalam 13,000 pesakit yang mengalami masalah pendengaran.

Sumber: The Express Tribune

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

11 Jenis Perangai Penumpang Yang Menjengkelkan Masa Anda Travel

Published

on

By

Dikelilingi orang yang menjengkelkan pada ketinggian 35,000 kaki, itu satu benda yang membuatkan orang lain potong mood. Ruang kapal terbang tu dah lah terhad, memang dah tak boleh lari ke mana-mana dah.

Jadi, apa kata masa naik flight perangai tu behave sikit. Hormati orang yang sama penerbangan dengan anda. Belajarlah menghormati orang lain jika mahu orang lain menghormati kita. Tak gitu?

Ini antara 11 sikap menjengkelkan yang patut anda elakkan.

#1 Kaki busuk celah kerusi. Jijik!

#2 Kawal anak anda. Jangan sampai jadi macam ni.

#3 Tahu panas tapi tak perlulah sampai tanggal baju.

#4 Acah-acah genius lah ni?

#5 Tak tahulah macam mana rupa rumah dorang.

#6 Utamakan keselesaan sendiri je. Selfish betul!

#7 Bayar lebih tak untuk letak kaki tu?

#8 Annoying teruk kot bila kau tolak-tolak kerusi tu.

#9 Selfish sangat ni. Apa kata toleh dulu sebelum tolak kerusi tu ke belakang.

#10 Apa benda ni, Scary weh!

#11 Sejam sebelum check in beg be like..

Kesimpulannya, jangan sampai orang menyampah tengok perangai anda. Jadi elakkan dari melakukan perkara-perkara yang menjengkelkan ni.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Gambar Telur Dapat Like Paling Banyak Di Instagram. LOL!

Published

on

By

Jika sebelum ini, gambar anak perempuan Kylie Jenner telah mendapat like paling banyak di Instagram iaitu sebanyak 18,214,009 like, kini ia telah menjadi milik sekeping foto telur misteri.

View this post on Instagram

stormi webster 👼🏽

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Foto telur misteri yang dikongsi oleh sebuah laman Instagram @world_record_egg sehingga kini telah mendapat jumlah like sebanyak 23,525,006 like dengan komen mencecah lebih 900 ribu.

Nyata, foto berkenaan juga telah berjaya mengalahkan banyak foto-foto yang lebih cantik dan menarik di Instagram.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Benda Pelik Yang Dijual Secara Online

Published

on

By

Baru-baru ni viral orang jual straw Yakult di Carousell Singapura.

Mentang-mentanglah Singapura mengambil inisiatif untuk menjadi lebih mesra alam dengan menghentikan penggunaan straw, ada pula beberapa orang yang kreatif menjual straw-straw Yakult yang kecik tu. Katanya ia dilihat seperti satu barangan sentimental.

Straw-straw ni dijual pada harga RM600 sehingga RM3000.

Bila dah terlalu ramai orang yang kreatif macam ni lah jadinya kan. Apa kata kita tengok benda-benda pelik lain yang pernah dijual di platform atas talian.

Tengok ni.

#1 Air tin yang belum dibuka lagi turut dijual.


#2 Kuat menipu dan suka menggunakan orang lain. Jadi, si isteri mahu menjual suaminya pada harga RM4.

#3 Sandwich milik Britney Spears terjual di eBay untuk $500.

#4 Jual tengkorak online tau.

#5 Jual anak. Yang ni memang tak kelakar.


Sumber: Siakap Keli

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

8 Undang-Undang Aneh Yang Anda Tak Sangka Pun Wujud

Published

on

By

Ni kami senaraikan undang-undang aneh yang mungkin buat anda geleng kepala.

1. Gigit orang lain boleh dikenakan hukuman penjara

Gambar hiasan

Di Pulau Rhode, menggigit anggota badan individu lain boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun (hanya jika mereka menyakiti mangsa dengan niat).

2. Hanya juruelektrik bertauliah dibenarkan untuk menukar mentol lampu di Victoria, Australia


Negeri kedua paling padat di Australia mengharamkan mana-mana individu untuk menukar mentol lampu melainkan anda seorang juruelektrik berlesen. Mereka yang melanggar undang-undang ini boleh didenda sehingga AU$ 10 (RM30).

4. Di Samoa, adalah menjadi satu kesalahan jika si suami terlupa hari lahir isteri anda

Anda akan mendapat lebih banyak silent treatment daripada isteri jika anda terlupa hari lahir mereka. Tak pasti berapa lama tempoh hukuman itu, tetapi mungkin cukup untuk anda berfikir tentang cara memenangi mereka semula.

5. Milan menetapkan bahawa rakyat mesti senyum pada setiap masa, atau dikenakan denda


Milan yang terletak Itali menyatakan bahawa anda perlu senyum setiap masa kecuali semasa majlis pengkebumian ataupun ke hospital. Mereka yang tidak senyum bakal didenda.

6. Wanita tak dibenarkan makan coklat di dalam kenderaan awam

Undang-undang pelik ini tidak lagi dilaksanakan, namun satu ketika dahulu wanita yang memakan coklat dalam kenderaan awam adalah menjadi satu kesalahan.

7. Di Scotland, anda perlu membenarkan orang lain menggunakan tandas jika pintu anda diketuk.

Jika pintu tandas anda diketuk oleh mana-mana individu yang terdesak untuk menggunakan tandas, anda wajib membenarkannya.

8. Di Londan, menjadi satu kesalahan mengangkut kepingan kayu di laluan pejalan kaki.

Ia menyalahi undang-undang dan boleh didenda £500 jika ditangkap.

Sumber:

Business Insider

secretldn

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Tunjuk Video Dalam Mod Pause, Rambut Brader Ni Dicukur Ikut Bentuk Butang Play

Published

on

By

Baru-baru ni kisah seorang pelanggan yang rambutnya digunting dengan bentuk segi tiga di bahagian sisi kepala jadi viral. Gara-gara dia menunjukkan video dalam mod ‘pause’ kepada tukang gunting rambut.

Pelanggan dari China yang tidak dikenali identitinya mahukan gaya rambut yang sama seperti model di dalam video itu. Dia dikatakan menghentikan rakaman dengan menekan butang pause lalu menunjukkannya kepada tukang gunting rambut tersebut dan secara tak langsung butang play terus terpampang di skrin telefon.

Menurut laporan, tukang gunting yang naif itu ada bertanya sama ada dia mahukan bentuk segi tiga itu atau tidak. Tanpa sedar, dia menjawab ‘ya’. Maka dengan itu terhasillah satu lagi gaya rambut pelik yang baru.

Ni kami kongsikan koleksi fesyen rambut pelik yang lain untuk hiburan anda.

Tengok ni.



Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Pengantin Buat Laporan Polis, Kecewa Kek Kahwin Diperbuat Dari Polisterin

Published

on

By

Kecewa ditipu katerer, Shine Tamayo, 26, dan pasangannya Jhon Chen, 40, bertindak membuat laporan polis.

Difahamkan, katerer tersebut menyediakan kek kahwin yang diperbuat dari polisterin dan ditutupi dengan aising di bahagian luarnya. Dan bukan itu sahaja, pihak katerer juga tidak menyediakan makanan kepada para tetamu.

Sehinggakan pengantin terpaksa membeli makanan lain untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Pasangan pengantin baru itu dikatakan telah membayar 40,000 pesos (RM3,142) kepada seorang perancang perkahwinan untuk menyediakan makanan dan dekorasi di sebuah majlis resepsi yang diadakan di Pasig, Filipina.

“Wanita yang kami upah untuk menyediakan makanan telah merosakkan majlis perkahwinan saya.

“Saya tidak akan terima permohonan maaf daripadanya, ia tidak mencukupi. Dia patut dipenjarakan, kata Shine.

Sumber

Continue Reading

Kesihatan

Alah Terhadap Makanan Laut, Kanak-Kanak Maut Selepas Terhidu Bau Ikan

Published

on

By

Alahan makanan didefinisikan sebagai kesan tindak balas yang memudaratkan daripada sistem imunisasi badan terhadap makanan atau minuman.

Alahan bukan perkara yang patut dipandang ringan. Tahukah anda alahan yang serius boleh membawa maut?

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas terhidu bauk ikan yang sedang dimasak akibat alahan.

Cameron Jean Pierre, 11, dari Amerika Syarikat dilaporkan sesat nafas selepas terbau ikan kod yang dimasak neneknya.

Difahamkan, kanak-kanak itu dikatakan menghidap asma serta mempunya alahan makanan laut.

Menurut pakar alahan dan asma, Dr. Adela Talylor dari Klinik Mayo di Wisconsin, wap atau asap yang terhasil ketika memasak makanan laut juga boleh menyebabkan alahan lebih-lebih lagi di tempat tertutup,

Jenis alahan yang dihadapi mangsa sangat jarang berlaku menurut pediatrik d Hospital Mount Sinai.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Anak Obses Main Game, Bapa Upah Pro-Gamer Bunuh Anak Dalam Video Game

Published

on

By

Gambar hiasan.

Mungkin anda boleh cuba cara ini untuk membuatkan seseorang itu merasa ‘fed up’ untuk bermain game lagi.

Seorang bapa di China telah mengupah pro-gamer hanya untuk membunuh anaknya dalam permainan video supaya anaknya merasa bosan untuk bermain permainan video itu lagi.

Dipetik dari BBC, Mr Feng yang risau akan anaknya yang terlampau obses dengan permainan video bertindak mengupah pro-gamer bagi membunuh anaknya dalam permainan video Warcraft.

Anaknya menghabiskan masa 10 hingga 14 jam sehari hanya untuk bermain permainan video dan malas berkerja.

Sumber: BBC


Continue Reading

Trending