Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Lokal

Kedai Makan Pekerja Ditampar, Tiada Sijil Halal. JAIS Sudah Ambil Tindakan

Published

on

Baru-baru ni viral satu insiden seorang pekerja di sebuah restoran di Shah Alam ditampar oleh pelanggannya.

Semuanya gara-gara pekerja itu menegur pelanggan tersebut merokok di dalam restoran.

Sekarang ni kan semua perokok dilarang merokok dalam restoran, kalau nak merokok jugak kena 3 meter daripada kawasan restoran, ingat tau!

Tapi, yang lebih mengejutkan adalah terbongkarnya identiti sebenar restoran itu setelah laporan polis dibuat.

Rupa-rupanya restoran itu tiada sijil halal walaupun dah 10 tahun beroperasi!

Macam mana lah perasaan pelanggan yang dah jadi pelanggan tetap dekat restoran tu.

Sekarang ni, Jabatan Agama Islam Selangor sudah ambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemilik restoran terbabit.

Jadi, sebelum makan dekat mana-mana restoran jangan lupa semak status halal dulu ye!

Oleh: Izzati Amir

Lokal

Panas Terik Tapi Masih Degil Buat Pembakaran Terbuka!

Published

on

By

Cukup-cukup lah jadi penyebab kepada peningkatan kes kebakaran terutamanya ketika cuaca panas ketika ini!

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sepanjang dua bulan pertama tahun ni je, 6,500 kes kebakaran telah direkodkan di seluruh negara.

Dan, yang paling menyedihkan, puncanya daripada perbuatan manusia sendiri.
Ini termasuklah pembuangan puntung rokok di merata tempat yang akhirnya menyebabkan kebakaran berlaku.

Bila kebakaran berlaku secara berleluasa, ia sekaligus menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan ketika ini.
Setakat ini, antara kawasan yang catat kualiti udara tidak sihat adalah Rompin dan Balok Baru, Pahang serta Bukit Rambai dan Alor Gajah, Melaka.

Baru awal tahun dah beribu-ribu kes kebakaran dilaporkan, cuba bayangkan kalau hujung tahun nanti 🙁
Tak boleh bayangkanlah kalau kita terpaksa bernafas di dalam asap yang tebal 🙁

Jadi, hentikan pembakaran terbuka dan jangan lupa pakai topeng muka serta kurangkan aktiviti luar sepanjang cuaca panas ni, okay!
Oleh : Izzati Amir


Continue Reading

Lokal

Datuk Lee Chong Wei Diarahkan Berehat, Terpaksa Tarik Diri Dari Kejohanan Terbuka Malaysia

Published

on

By

Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terpaksa tarik diri daripada menyertai kejohanan Terbuka Malaysia bulan depan. 

Chong Wei yang telah diundi untuk bertemu wakil India, K. Srikanth pada pusingan pertama kejohanan itu, bagaimanapun dinasihatkan agar berehat lebih panjang.

Nasihat itu diberikan oleh doktor yang merawat penyakit kanser hidungnya tahun lalu. 

Semalam BAM berkata kesihatan Chong Wei berada dalam keadaan baik namun dinasihatkan tarik diri daripada kejohanan bulan depan supaya tidak meletakkan sebarang tekanan ke atas badannya. 

Ini merupakan kali kedua pemenang pingat perak 3 kali Sukan Olimpik itu menangguhkan aksinya di atas gelanggang.

Sebelum ini, Chong Wei sasarkan untuk kembali beraksi pada kejohanan All England awal bulan ini namun kesihatannya tidak mengizinkan.

Jaguh badminton negara itu terpaksa berehat panjang sejak Julai tahun lepas selepas disahkan menghidap penyakit kanser hidung tahap awal.

Takpelah Datuk. Rehatlah dulu.

Jasa dan sumbangan Datuk terhadap negara dalam sukan badminton ni cukup besar dan tidak mampu dilupakan. 

Diharap semua rakyat Malaysia mendoakan kesihatan Datuk Lee Chong Wei kembali seperti sedia kala.

Oleh: Muhamad Karami

Continue Reading

Lokal

Tak Cukup Duit, Siswa Terpaksa Ikat Perut!

Published

on

By

Tak cukup duit, siswa terpaksa ikat perut. Korang pernah dengar tak, ada di kalangan pelajar yang terpaksa makan nasi hanya berlaukkan satu jenis sayur.

Ada yang terpaksa bergantung dengan sebuku roti untuk dua hari sebagai sumber makanan.

Malah, ada yang terpaksa makan sekali sehari je dan berpuasa sebab tak cukup duit!

Tak percaya? Tapi itulah hakikatnya yang dihadapi oleh 1,000 mahasiswa di Universiti Malaya yang didedahkan secara eksklusif oleh Berita Harian, baru-baru ini.

Foto: Berita Harian

Tapi jangan risau, sebab pihak universiti sudah kenal pasti mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar, BL40 ini iaitu isi rumah berpendapatan RM1,000 ke bawah sebulan.

Menurut Timbalan Naib Canselornya kepada Berita Harian, pihaknya akan membantu golongan itu termasuk memastikan tiada pelajar tidak dapat makan akibat kesulitan kewangan.

Foto: Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Raman

Antara inisiatifnya adalah dengan mewujudkan Bank Makanan yang membolehkan pelajar mendapat barangan runcit percuma, mulai minggu ini.

Penerima bantuan itu juga akan mendapat beg runcit mengandungi makanan kering, minuman dan produk penjagaan peribadi, sekali sebulan, setakat ini.

Buat masa ini, 400 pelajar sudah dikenal pasti sebagai penerima bantuan itu, dengan sekurang-kurangya 100 orang disasar untuk menerimanya pada semester ini.

Selain itu, Universiti Malaya juga akan perkenalkan inisiatif ‘Emergency Cash’ yang memberikan bantuan wang tunai kecemasan kepada pelajar, bermula bulan depan.

Bantuan bukan pinjaman itu melibatkan wang tunai maksimum RM50 sekali beri atau tidak melebihi RM200 satu sesi pengajian.

Program itu dilaksanakan atas dasar kepercayaan terhadap pelajar dalam kesusahan dan terdesak memerlukan bantuan kecemasan.

Lepas ni, diharapkan ramai mahasiswa tak perlu lagi ikat perut, sebab nak menuntut ilmu, makan kena cukup dan seimbang.

Syabas Universiti Malaya atas usaha ini!


Oleh: Izzati Amir

Continue Reading

Lokal

Suruh Customer ‘PM Tepi’, Peniaga Online Boleh Didenda

Published

on

By

Imej dari Freepik

Kehadiran ramai peniaga online bagaikan cendawan tumbuh. Meniaga tu tak salah tapi perlu diingatkan, bila meniaga biarlah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bukan apa, peraturan-peraturan itulah yang digunakan untuk melindungi hak pengguna.

Tahukah anda, konsep ‘PM tepi’ merupakan satu kesalahan pengikut peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012.

Peniaga boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 (Perbadanan) dan denda RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya (Perseorangan) mengikut Seksyen 145 Akta Perlindungan Pengguna 1999.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam, penjual atau peniaga perlu meletakkan maklumat yang jelas mengenai produk serta perkhidmatan yang ditawarkan supaya hak pengguna tidak dicabul.

Selain itu peniaga juga perlulah mempamerkan nama syarikat yang didaftar serta maklumat lain supaya boleh dihubungi pengguna. Malah, kos penghantaran, kaedah pembayaran yang digunakan serta terma dan syarta perlu disertakan sebagai jaminan pengembalian barang jika pelanggan tidak berpuas hati.

Tahun ni saja sebanyak 194 aduan diterima yang membabitkan masalah perniagaan online yang mana pelanggan lambat terima barang, penjual tidak mempamerkan harga barang dan barang yang diterima tidak seperti yang diiklankan.

Jadi, bila dapat mesej ‘PM tepi’ tu anda tahu apa yang perlu buat.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading

Lokal

YAS! Tayangan Avengers: Endgame Di Malaysia 2 Hari Lebih Awal Berbanding US

Published

on

By

Fuh! Tarikh tayangan filem Avengers: Endgame dijadualkan 2 hari lebih awal dari tarikh tayangan di Amerika Syarikat.

Menerusi status Facebook, GSC mengesahkan tarikh tayangan filem itu ialah pada 24 April ini.

Yang jenis suka bagi spoiler tu boleh tengok lambat sikit kot. LOL!

Trailer rasmi Avengers: Endgame di Youtube telah mendapat lebih 44 juta tontonan tak sampai 48 jam. Gilalah!

Continue Reading

Lokal

Kerjasama Astro Radio Dan Grab Membolehkan Anda Mendengar Stesen Radio Pilihan

Published

on

By

Imej dari Freepik

Menaiki kereta tanpa mendengar muzik atau stesen pilihan memang membosankan. Dengan kerjasama Astro Radio dan Grab, ia membolehkan penumpang memilih atau mengakses saluran Astro Radio pilihan mereka sendiri.

10 saluran ditawarkan iaitu ERA, SINAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, GO XUAN, MELODY serta RAAGA menerusi aplikasi Grab tersebut.

Imej dari Freepik

Aplikasi Grab akan memberikan notis pemberitahuan sekiranya menaiki Grab yang mempunyai Astro Radio dan penumpang perlu memilih saluran pilihan mereka.

Perkhidmatan Astro Radio Grab ini hanya terdapat di sekitar kawasan Lembah Klang.

Continue Reading

Lokal

Pencemaran Toksik di Pasir Gudang: Sultan Johor Murka

Published

on

By

Murka dan kesal. Itu luahan Sultan Johor terhadap kes pencemaran di Pasir Gudang akibat pembuangan bahan toksik ke dalam Sungai Kim Kim.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut melahirkan rasa sedih melihat ramai yang merana akibat tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Sehubungan itu baginda menitahkan pihak berkuasa siasat secara menyeluruh insiden berkenaan, juga segera menangkap dan menghukum pelakunya.

Tak cukup dengan itu, ada pula pihak tidak bertanggungjawab cetus dan tular perkara tidak benar mengenai kes tersebut.

Ada mendakwa kejadian itu sudah merekodkan kematian dan ada juga mendakwa pencemaran sudah merebak ke seluruh Pasir Gudang.

Bagaimanapun pihak berkuasa dengan tegas menjelaskan, semua dakwaan itu yang kini tular adalah palsu!

Sementara itu, bilangan mangsa kes pencemaran terbabit meningkat kepada hampir 500 orang dengan ada daripadanya dirawat di ICU.

Namun angkanya mungkin lebih memandangkan ada 5 lagi sekolah diarahkan tutup sementara mulai hari ini, selepas 13 sekolah diarahkan berbuat demikian semalam.

Sekolah berkenaan hanya akan dibuka selepas pihak berkuasa dapati ia benar-benar selamat.

Orang ramai pula dinasihatkan supaya tidak memasuki kawasan terjejas sehinggalah kerja pembersihan selesai.

Sumber: AWANI dan Facebok rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Oleh: KJ

Continue Reading

Info

Perubahan Pergerakkan Angin Punca Ribut Kuat Melanda Baru-Baru Ini

Published

on

By

Baru-baru ni ribut kuat melanda sekitar Lembah Klang di Putrajaya, Seri Kembangan dan Shah Alam dikatakan berpunca dari perubahan angin dari Timur Laut.

BACA: Gambar Dan Rakaman Video Ribut Kencang Di Seri Kembangan Dan Putrajaya

Menerusi laporan Astro Awani, Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Malaysia yang beriklim tropika terdedah kepada ribut petir dan ia kebiasaanya berlaku pada sebelah petang.

Menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian yang dikenali sebagai ‘Monsoon Break’ dijangka berkurangan bermula Selasa hingga hujung minggu ini, tetapi dijangka kembali pada penghujung bulan Mac. Lebih-lebih lagi ketika memasuki fasa peralihan monsoon.

Johor, Perak dan Kedah turut terkesan dan impaknya dijangka tidak seburuk seperti di Lembah Klang.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Lokal

Penggunaan Beg plastik Biodegradasi Juga Akan Dikenakan Caj Pencemaran Sebanyak 20 sen

Published

on

By

Menuju negara maju dan lestari, mestilah Malaysia berusaha sungguh-sungguh jaga alam sekitar kan?

Jadi baru-baru ini Kementerian Wilayah Persekutuan umum penggunaan beg plastik biodegradasi juga akan dikenakan caj pencemaran 20 sen (sehelai) mulai 15 Mac, Jumaat ini.

Ia bertujuan beri kesedaran kepada rakyat mengenai perbelanjaan kerajaan membersihkan pencemaran sisa plastik.

Barulah selaras dengan Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Plastik Sekali Guna 2018-2030 dan juga inisiatif hijau.

Lagipun berdasarkan maklum balas, usaha mengurangkan penggunaan beg plastik tidak akan berjaya selagi ia masih disediakan kepada pengguna secara percuma.

Oktober lalu Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim umum semua kerajaan negeri diberi tempoh 3 tahun untuk menguatkuasakan caj pencemaran.

Oh! Juga jangan lupa, larangan penggunaan straw plastik sudah bermula manakala penguatkuasaan ke atas yang ingkar akan bermula Januari depan.

Oleh: KJ

Sumber: AWANI & internet

Continue Reading

Lokal

Pasangan Ini Curi Tumpuan Pakai Kostum Kamen Rider Masa Wedding Photoshoot

Published

on

By

Macam-macam tema majlis perkahwinan dan wedding photoshoot sekarang ni kan?

Baru-baru ni, foto pasangan pengantin baru dari Kelantan viral di media sosial selepas mereka berkongsi foto pengantin lelaki mengenakan kostum Kamen Rider ketika sesi fotografi.

Alif Hakim, 27, peminat fanatik Kamen Rider membeli kostum itu pada tahun lalu. Kostum yang lengkap dengan aksesori pedang dan juga peralatan lain dibeli pada harga RM3,000.

Menurut laporan Sinar Harian, pada hari persandingan pasangan pengantin ini mereka mengenakan baju kahwin biasa namun dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan dari cosplay Kelantan yang datang dengan pelbagai kostum super hero pilihan masing-masing.

Ini menjadikan majlis perkahwinan Alif Hakim dan Nor Afizan Mohd Utama lebih meriah, unik dan lain daripada yang lain.

Continue Reading

Trending