Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Kenapa Ada Orang Tidur Boleh Mengigau Dan Bercakap?

Published

on

Mengigau adalah keadaan di mana kita akan bercakap ketika saat kita sedang tidur, tanpa kita sedar apa yang kita borakkan. Tetapi, kenapa ini terjadi?

Pakar psikologi tidur (sleep psychologist) yakin bahawa fenomena mengigau ini terjadi saat seseorang sedang berpindah fasa tidur mereka.

Disaat kita tidur, terdapat beberapa fasa yang akan kita lalui. Bermula daripada setengah sedar sehingga saat kita tidur penuh, permindahan fasa ini menjadi sebab kenapa kita boleh mengigau.

 

Mengigau juga disebut sebagai “somniloquy”. Kebiasaannya terjadi apabila kita sedang memikirkan sesuatu, atau akibat daripada stress dan gelisah.

Selain itu, mengigau juga dikaitkan dengan fenomena “motor breakthrough”. Keadaan ini terjadi apabila ketika badan sedang dalam fasa berehat, anggota badan akan menghasilkan signal yang mengaktifkan kotak suara, seterusnya menyebabkan mengigau.

 

Rujukan:

  1. https://www.howsleepworks.com/disorders_parasomnias.html
  2. http://www.livescience.com/33794-people-talk-sleep.html
  3. https://www.bustle.com/articles/123744-why-do-people-talk-in-their-sleep-everything-you-need-to-know-about-your-midnight-musings

 

Info

Jual Turban Sebagai Aksesori Fesyen, Jenama Terkenal Dikritik

Published

on

By

Sebuah jenama terkenal, Gucci dikecam kerana menjual turban dalam kategori aksesori bukan dalam kategori pakaian.

Disebabkan itu, ramai merasakan Gucci mengabaikan nilai turban lambang kepercayaan sesetengah agama.

Penutup kepala yang diberi nama Indy Full Turban itu laris dijual di Nordstom dengan harga sekitar 790 AS Dollar.

Sumber

Continue Reading

Info

Google Translatotron Boleh Translate Bahasa Kepada Bahasa Guna Suara Asal

Published

on

By

Google baru-baru ini telah memperkenalkan Translatotron, iaitu aplikasi terbaru mereka yang boleh menterjemah bahasa kepada bahasa, tanpa memerlukan teks.

Menurut Google, Translatotron menggunakan teknologi AI dimana ia boleh menterjemah bahasa daripada satu suara kepada suara yang diterjemahkan.

Berbeza dengan Google Translate yang sedia ada, Translatotron tidak memerlukan teks, hanya mendengar suara yang ingin diterjemahkan, dan pengguna boleh memilih untuk diterjemahkan kepada suara dalam bahasa berbeza.

Sumber: CNET

Continue Reading

Info

Kucing Famous Muka Garang, Grumpy Cat Mati Pada Usia Tujuh Tahun

Published

on

By

Grumpy Cat, kucing yang terkenal dengan meme muka garang dilaporkan mati pada usia tujuh tahun.

Menurut pemiliknya, Tabitha Bundesen, Tardar Sauce atau lebih dikenali sebagai Grumpy Cat mengalami komplikasi akibat jangkitan pada saluran kencing.

View this post on Instagram

Some days are grumpier than others…

A post shared by Grumpy Cat (@realgrumpycat) on

Rata-rata peminat Grumpy Cat sedih dengan berita mengejutkan itu.

Grumpy Cat mula dikenali pada tahun 2012, Madame Tussauds di San Francisco pernah menghasilkan patung lilin Grumpy pada 2015 dan pemilik Grumpy Cat pernah menang kes saman kerana ada syarikat yang menyalahgunakan wajah Grumpy Cat pada produk lain.

Malah, Grumpy Cat juga terkenal dikalangan para selebriti.

Grumpy RIP Grumpy Cat!

Continue Reading

Info

Rakaman Pencuci Tingkap Bangunan 50 Tingkat Berdepan Detik Cemas Akibat Angin Kencang

Published

on

By

Mencabarnya kerja cuci bangunan pencakar langit ni.

Dua orang tukang cuci tingkap berdepan dengan situasi mencemaskan ketika melakukan kerja pembersihan di puncak Menara Devon, Oklahama, setinggi 50 tingkat.

Angin kencang menyebabkan platform di mana mereka berdiri berbuai dengan laju sehingga terkena bahagian kaca Menara tersebut.

Tengok ni.

Difahamkan, proses menyelamat oleh Jabatan Bomba Oklahama itu memakan masa dalam satu jam dan mereka berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap jabatan bomba, David Macy turut memaklumkan pihak penyelamat yang tiba di lokasi kejadian bertindak membaling tali kepada kedua-dua pekerja terbabit dalam usaha menstabilkan platform tersebut.

Pihak berkuasa turut menutup kawasan berhampiran bagi membolehkan kerja pembersihan dijalankan untuk mengelak dari sebarang kejadian yang tak diingini.

Continue Reading

Info

Inilah Video Pertama Yang Dimuat Naik Ke Platform Youtube

Published

on

By

Tahukah anda, platform Youtube dilancarkan pada 14 Februari 2005?

9 hari kemudian, video pertama telah dimuat naik ke platform tersebut.

Video berdurasi 19 saat berjudul ‘Me at the Zoo’ milik Youtube Co-founder, Jawed Karim secara rasminya menjadi video pertama yang dimuat naik ke platform berkenaan.

Tengok ni.

Selepas 14 tahun, video tersebut masih terdpat di Youtube dengan lebih 68 juta tontonan, 1.9 juta likes dan 72,000 dislikes.

Continue Reading

Info

Filem Detective Conan Atasi Jumlah Kutipan Filem Avengers: Endgame

Published

on

By

Seperti yang anda tahu, filem Avengers: Endgame telah pun mengatasi kutipan filem pecah panggung Titanic baru-baru ini.

Kredit: Twitter James Cameron

Terbaru, Avengers: Endgame dilaporkan mengungguli kedudukan filem dengan kutipan tertinggi di seluruh dunia kecuali di Jepun.

Kredit: Twitter Yullaineedesu

Filem tersebut dikatakan hanya mampu bertahan selama seminggu sebelum filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire mengatasi kedudukan filem itu.

Lebih menarik lagi, ini bukan kali pertama filem Detective Conan mengatasi kutipan filem Avengers. Sebelum ini Detective Conan: Zero the Enforcer berjaya mendapat kutipan lebih banyak berbanding filem Avengers: Infinity War.

Filem Detective Conan: The Fist of Blue Sapphire akan berada di pawagam-pawagam Malaysia bermula 13 Jun ini.

Continue Reading

Info

Hilang Monday Blues Lepas Tengok Perangai Kucing Ni. LOL!

Published

on

By

Melihat gelagat kucing yang suka tidur atas piano ini benar-benar mencuit hati.

Mana taknya, boleh pula dia tidur nyenyak masa tuan dia menekan-nekan mata piano tu.

Tengok ni.

Nampaknya, jiwa kucing ni dah sebati dengan alunan muzik dari piano ni.

Jap, dia ingat tu kerusi urut ke? LOL!

Continue Reading

Info

Kenapa AM Untuk Pagi Dan PM untuk Petang Atau Malam?

Published

on

By

Sesetengah negara seperti US, Kanada dan Australia menggunakan sistem masa 12 jam, dimana pengguna perlu meletakkan akronim ‘a.m’ atau ‘p.m’. Selebihnya lebih selesa menggunakan sistem masa 24 jam, dimana pengguna perlu menambah 12 jam selepas jam 12 tengahhari. Contohnya, jam 1 petang adalah bersamaan 13:00, jam 5 petang bersamaan 17:00

Apa yang dimaksudkan dengan ‘a.m’ dan ‘p.m’ pada masa dan waktu dalam sistem 12 jam ini?

Diambil daripada bahasa Latin, ‘a.m’ merujuk kepada Ante meridian, dan ‘p.m’ pula Post meridiem. Meridiem membawa maksud tengah hari. Jadi Ante meridiem membawa bemaksud “sebelum tengah hari” dan Post meridiem pula selepas tengahari.

Sumber: Time And Date

Oleh: Syazwan Aizad

Continue Reading

Info

Kenapa Lampu Jalan Raya Berwarna Kuning?

Published

on

By

Mesti ramai yang tak tahu kenapa lampu jalan bewarna kuning, kenapa tidak biru, putih atau lain-lain? Di sini ada beberapa fakta tentang kenapa lampu jalan raya bewarna kuning.

Kenapa lampu jalan berwarna kuning adalah kerana cahaya kuning memiliki beberapa keunggulan dibandingkan cahaya lain. Jika dibandingkan dengan cahaya merah atau biru, warna kuning memiliki cahaya yang lebih terang. Kenapa tidak putih? Hal ini kerana cahaya putih boleh membuatkan penglihatan kita menjadi silau pada malam hari. Sebab itulah kita menggunakanlah lampu berwarna kuning untuk mendapatkan cahaya yang lebih terang dibandingkan jenis cahaya lain dan tidak menyebabkan silau bagi penglihatan manusia. Selain itu, keistimewaan cahaya kuning juga adalah dapat menembus hujan dan kabus.

Jadi, kepada pengguna lampu kereta berwarna, sebaiknya tukar balik kepada lampu kuning untuk mengelakkan risiko kemalangan.

Sumber – Muhrid.com

Continue Reading

Info

Lelaki Ditemui Selamat Biarpun Terjatuh Dalam Kawah Gunung Berapi

Published

on

By

Ada kalanya kita tidak sedar sesetengah tindakan itu boleh membawa padah.

Seorang lelaki berusia 30-an dilaporkan terjatuh ke dalam kawah gunung berapi di Kilauea di Hawaii.

Lelaki yang tidak diketahui namanya itu telah memanjat pagar di Steaming Bluff untuk melihat lebih dekat kawah gunung berapi sebelum terjatuh ke dalam 21 meter ke dalam kaldera.

Mangsa selamat namun dilaporkan cedera parah. Difahamkan, para pelancong tidak sepatutnya melepasi garisan keselamatan lagi-lagi di kawasan tebing.

Proses menyelamat mengambil masa 2.5 jam, termasuk mencari kedudukan mangsa dan membawa mangsa keluar ke kawasan selamat.

Sebelum ini, terdapat kes yang sama berlaku  pada tahun 2017 namun mangsa meninggal dunia.

Sumber

Continue Reading

Trending