Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Tengok Sini

Kepala Bengkak Teruk Selepas Warnakan Rambut

Published

on

Gara-gara tidak mengikut arahan yang tertera pada kotak pewarna rambut yang dipakai, gadis malang ini terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas kepalanya membengkak dengan teruk.

Kepala Estelle, 19, dikatakan tidak berhenti mengembang dari saiz 56 sentimeter ke 63 sentimeter. Reaksi alahan itu juga menyebabkan dia sukar untuk bernafas.

Hasil pemeriksaan mendapati, Estelle sebenarnya mempunyai alahan terhadap bahan kimia dipanggil Paraphenylenediamine yang terdapat pada produk pewarna rambut yang digunakannya.

Bahan kimia jenis PPD (Paraphenylenediamine) ini kerap dijumpa dalam produk kecantikan.

Estelle dikatakan pulih selepas beberapa hari kemudian meskipun masih terdapat kesan-kesan bengkak pada dahinya.

 

Sumber: Daily Mail

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending