Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Info

Kompilasi Foto Filem-Filem Popular Sebelum Dan Selepas Menggunakan CGI

Published

on

Banyak filem aksi, animasi dan science fiction yang menggunakan teknologi seperti computer generated imagery atau CGI.

Dengan teknologi CGI, filem-filem tersebut nampak realistik sehinggakan penonton mempercayai ia adalah realiti.

Menerusi akaun Instagram movie.effects, beberapa gambar dari filem-filem popular sebelum dan selepas menggunakan CGI ada dikongsikan.

Tengok ni.

1. Harry Potter And The Half-Blood Prince (2009)

2. Atomic Blonde (2017)

3. Pirates Of The Caribbean: Dead Man’s Chest (2006)

4. Guardians Of The Galaxy (2014)

5. War For The Planet Of The Apes (2017)

6. Pirates Of The Caribbean: Dead Men Tell No Tales (2017)

7. Alice In Wonderland (2010)

8. Game Of Thrones (2011)

9. The Jungle Book (2016)

10. Harry Potter And The Deathly Hallows – Part 2 (2011)

11. Beauty And The Beast (2017)

12. Doctor Strange (2016)

13. The Avengers (2012)

14. Pirates Of The Caribbean (2003)

15. Fantastic Beasts And Where To Find Them (2016)

16. Iron Man 2 (2010)

17. Ghost In The Shell (2017)

18. Avengers: Infinity War (2018)

Sumber

Info

Orang Ramai Mula Beli Fake Phone, Standby Jika Mereka Dirompak

Published

on

By

Nak elak dari dicederakan perompak, penduduk bandar Mexico mula membeli fake phone untuk diserahkan kepada penyamun.

Yelah, penyamun mana yang suka pulang dengan tangan kosong kan.

Mengikut data yang dikeluarkan baru-baru ini, purata 70 kes samun dilaporkan berlaku di ibu kota Mexico dalam tempoh empat bulan pertama tahun 2019.

Foto: Freepik

Penjenayah-penjenayah ini menyasarkan pejalan kaki, penumpang pengangkutan awam dan pemandu motosikal yang berada dalam kesesakan lalu lintas atau yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Kadar jenayah semakin meningkat di bandar ini dan keadaan menjadi sangat buruk sehinggakan orang ramai mula membeli fake phone untuk diserahkan kepada penyamun.

Foto sekadar hiasan.

Telefon pintar “dummies” dilaporkan dijual dalam lingkungan harga 300 hingga 500 peso Mexico (antara RM 65 hingga RM 110). Replika telefon pintar itu sangat mirip dengan telefon pintar sebenar.

Walau bagaimanapun, menyerahkan barangan palsu ketika penyamun memegang senjata api sangat berisiko. Sekiranya penyamun menyedari mereka ditipu, ada kemungkinan besar mereka akan menembak atau memukul mangsa. Itulah sebabnya sesetengah orang Mexico memilih untuk membeli telefon pintar sebenar tetapi murah lebih untuk diserahkan jika mereka dirompak.

Foto: Freepik

Telefon pintar dummies ni dah lama dah ada, sejak beberapa tahun yang lalu namun ia hanya dipamerkan kedai-kedai telefon pintar sahaja.

Orang ramai membeli telefon pintar dummies ini bukan sebab takut rugi, tetapi juga untuk melindungi data berharga mereka.

Rujukan

Continue Reading

Info

Pelik! Wanita Lahirkan Anak Kembar Berlainan Warna Kulit Dan Anak Mata

Published

on

By

Pelik tapi benar, seorang ibu kepada 4 orang anak dilaporkan telah melahirkan sepasang kembar yang berlainan warna kulit dan anak mata.

Sarah Jones, telah memberikan nama Malaysia kepada bayi perempuan berkulit cerah dan bermata biru, kembar lelakinya pula berkulit gelap dan mata perang diberi nama Malachi.

Melahirkan anak yang warna kulit berbeza bukanlah satu perkara yang pelik buatnya kerana dia sudah mempunyai anak berusia enam tahun berkulit gelap dan seorang lagi berusia dua tahun berkulit cerah.

Walaupun keempat-empat anak mereka berbeza, namun mereka boleh bergaul dengan baik.

Menurut pakar genetik Universiti Edinburg, Jim Wilson memberitahu warna kulit bergantung kepada variasi genetik dengan sekurang-kurangnya 20 warna kulit yang berbeza.

Difahamkan, fenomena ini jarang-jarang berlaku tetapi kebarangkaliannya lebih tinggi bagi pasangan kembar seiras.

Continue Reading

Info

Jepun Tawarkan Insuran Buli Untuk Lindungi Murid Sekolah

Published

on

By

Di Jepun, insuran buli telah diperkenalkan oleh sebuah syarikat yang dikenali sebagai Yell.

Foto: Freepik

Berdasarkan kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan Budaya, Sukan dan Sains Jepun, terdapat 410,000 kes buli melibatkan murid sekolah di negara Matahari terbit itu.

BACA: Parents Di Korea Selatan Guna Perkhidmatan Ini, Elak Anak Daripada Dibuli

Yuran bulanan insuran buli itu ditawarkan pada harga AS$24 (RM100.50) dan ia merangkumi bantuan guaman dan juga yuran perubatan sekiranya mangsa mengalami kecederaan akibat dibuli.

Peguam juga akan membantu dari segi dokumentasi dan pengumpulan bukti.

Dengan adanya insuran ini, peguam syarikat akan meneruskan tuntutan undang-undang sekiranya anak-anak kepada pemilik insuran ini dibuli.

Jika perkhidmatan ini berjaya di Jepun, syarikat-syarikat lain dari seluruh dunia dijangka akan menawarkan perkhidmatan yang sama tak lama lagi.

Continue Reading

Info

Gunung Everest Terlalu Sesak, Dua Pendaki Maut

Published

on

By

Keadaan terlalu sesak di Gunung Everest, dua pendaki dilaporkan maut.

Punca kedua-dua pendaki yang dikenali sebagai Donald Lynn Cash dan Anjali Kulkarni maut kerana kekurangan oksigen di atas puncak sana.

Kedua-keduanya berusia 50 tahun.

Mereka berdua dikatakan berada di paras ketinggian 8,848, terlalu lama. Lokasi tersebut sememangnya kekurangan oksigen untuk manusia. Lagi-lagj jika mereka berada terlalu lama di situ.

BACA: Mayat Pendaki Gunung Everest Yang Sekian Lama Tertimbus Timbul Semula

Pemandu arah cuba menyelamatkan Donald sebaik sahaja mereka berada tiba di bawah, namun gagal.

Difahamkan, mayat Donald tidak akan dibawa turun daripada gunung itu.

Menurut rakan pendaki Donald, dia akhirnya bersemadi ditempat yang dia inginkan,

Continue Reading

Info

IGTV Kini Menyokong Video Berbentuk Landskap

Published

on

By

Wah! Kini IGTV sudah mula menyokong video berbentuk landskap. Pengguna Instagram hanya perlu memilih sama ada mahu memuat naik video secara potrait ataupun landskap.

Fungsi baru ini sekaligus memudahkan pengguna untuk memuat naik video-video yang sedia ada.

Kalau sebelum ini platform IGTV hanya menyokong video berbentuk potrait atau menegak sahaja, kini tidak lagi.

Fungsi baru mungkin dapat menarik lebih ramai untuk menngunakan IGTV.

Update aplikasi Instagram anda, dan muat naik video-video yang sedia ada hari ini.

Continue Reading

Info

Tukang Kebun Guna Besi Buruk Buat Kereta Kecil

Published

on

By

‘Supercar’ ini dicipta oleh seorang lelaki yang berasal dari Bandar Zhengzhou, China. Kereta ini merupakan sebuah replika mini Lamborghini Aventador, yang dibuat sendiri oleh seorang pekebun tua yang dikenali sebagai Mr. Guo.

Guo menghasikan kereta kecil ini dengan menggunakan besi buruk dan komponen-komponen dari motorsikal lama. Saiznya kereta ini ialah 6.56 kaki x 3.26 kaki dan ia menggunakan kuasa motor elektrik yang padat dengan lima set bateri. Kereta ini dikatakan boleh meluncur sehingga 60km dengan kelajuan 96km/j.

11841113071544859114

“Ianya Cuma mainan untuk cucu saya, akan tetapi saya juga boleh menghantar dan mengambil beliau ke sekolah. Ianya lebih baik dari sebuah basikal elektrik,” jelas Guo.

 

Continue Reading

Info

Tahukah Anda Kepala Kereta Api Laju Di Jepun Meniru Bentuk Paruh Burung?

Published

on

By

Pada tahun 1989, kereta api laju Jepun ‘Bullet Train’, Shinkansen, pernah mengalami masalah besar yang mana ia akan menghasilkan bunyi yang sangat kuat setiap kali keluar dari sebuah terowong.

Sekumpulan pasukan jurutera telah ditugaskan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Eiji Nakatsu, selaku ketua pasukan jurutera dan seorang pencinta burung telah menemui solusi yang diilhamkan dari haiwan kegemarannya.

via GIPHY

Nakatsu telah mengubah suai Shinkansen yang sedia ada dengan menjadikan bahagian paruh burung Kingfisher sebagai rujukan untuk bahagian depan atau kepala Bullet Train yang baru.

Kereta api yang direka bentuk semula itu dilancarkan pada tahun 1997 bukan sahaja menyelesaikan masalah bunyi bising, malah kelajuannya jauh lebih pantas dan penggunaan elektrik juga 15% lebih jimat.

Berikut adalah video untuk membantu anda memahami perkara ini dengan lebih baik:

Continue Reading

Info

5 Tempat Penginapan Unik Di Dunia

Published

on

By

Siapa yang suka bercuti pasti korang ada pengalaman menginap di tempat-tempat yang unik. Tapi sejauh mana keunikkan tempat yang you alls pergi tu?

Jom tengok top 5 tempat yang unik dan cantik yang mungkin akan buatkan korang amaze giler!

ZAANDAM INNTEL HOTEL, AMSTERDAM

DOG BARK PARK INN,COTONWOO, IDAHO , USA

MONTANA MAGICA LODGE, CHILIE

UDANG HOUSE, BALI, INDONESIA

MANTA RESORT, TANZANIA

GIRAFFE MANOR, NAIROBI, KENYA

Oleh: Khalie Azmi

Continue Reading

Info

Standby! Akan Ada Iklan Di WhatsApp Tak Lama Lagi

Published

on

By

Wah! Nampaknya kini giliran WhatsApp pula menjana duit.

Difahamkan, aplikasi ini akan mula memaparkan iklan bermula tahun depan. Langkah ini dilihat sebagai salah satu cara untuk aplikasi ini memperolehi keuntungan daripada penggunanya yang ramai.

Iklan di WhatsApp Stories bukanlah satu benda yang mengejutkan, ini kerana platform milik Facebook seperti Facebook Stories dan Instagram Stories juga sudah mula memaparkan iklan di ruangan tersebut.

Buat anda yang meggunakan WhatsApp sebagai tujuan permesejan dan tidak menggunakan fungsi Stories, anda mungkin tak akan melihat iklan yang dipaparkan pada aplikasi ini.

Continue Reading

Info

Tak Cuci Peralatan Pergigian Dengan Betul, Seramai 563 Pesakit Berisiko Menghidap HIV

Published

on

By

Seramai 563 pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian di Dentality Hoddesdon, Hertfordshire, United Kingdom disarankan untuk menjalani ujian HIV.

BBC melaporkan, terdapat beberapa pesakit yang terdedah dengan risiko itu selepas pihak klinik pergigian mendapati seorang doktor pelatih tidak mensteril alat pencuci gigi dengan betul.

Pihak klinik telah menghantar surat kepada para pesakit yang menerima rawatan gigi daripada doktor pelatih, Ekta Parikh.

Lapor The Sun, alat pencuci gigi ultrasonik yang digunakan, dikatakan tidak dibersihkan setiap kali digunakan, sebaliknya ia dibersihkan dua kali sehari.

Foto: Freepik

Perkara itu hanya disedari selepas kaki tangan klinik berkenaa menyedari akan kesan buruk pencuci gigi yang tidak disterilkan dengan sempurna.

Menurut seorang doktor gigi, Dr. Vishaal Shah kepada BBC, risikonya agak rendah namun ujian darah perlu dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga.

Foto: Freepik

Difahamkan, doktor pelatih itu masih lagi dibenarkan untuk menjalani praktikal selama 18 bulan, mengikut keputusan oleh Majlis Pergigian Am pada bulan Februari.

Siasatan terhadap pelanggaran kebersihan klinik itu juga masih lagi dijalankan.

Continue Reading

Trending