Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Trending

Kucing Pun Berjerawat

Published

on

Tahukah anda, kucing pun tak terkecuali dari berjerawat.

Menurut Andrew Rosenberg dari Dermatologi veterinary Riverdale, kucing juga mempunyai blackheads dan whiteheads pada bahagian dagu dan bawah bibir kucing.

Namun jerawat kucing ini tak bahaya cuma ia akan menyebabkan terjadinya iritasi, bengkak dan infeksi dan akhirnya terbentuklah jerawat.

Antara punca-punca jerawat kucing ini adalah disebabkan stress, virus, kurang grooming atau menggunakan bekas makanan yang diperbuat dari plastik.

Untuk rawatan dan penjagaan pula, bersihkan dengan menggunakan pencuci antiseptik. Jika mereka memilik simptom yang kronik sila bawa mereka ke klinik haiwan dengan kadar segera dan yang paling penting, jangan picit jerawat kucing.

Tengok gambar-gambar kucing-kucing ni.

A post shared by Pretzel (@themrpretzel) on

Sumber

Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Info

Pelawak Menang Besar Dalam Pilihan Raya Presiden

Published

on

By

Nampaknya bukan perempuan cantik sahaja yang suka pelawak tapi rakyat Ukraine juga memilih pelawak terkenal, Volodymyr Zelensky sebagai Presiden Ukraine.

Volodymyr Zelensky calon Parti Servant of the People, menang besar dalam pusingan ke-2 pilihan raya presiden.

Bagaimanapun, keputusan rasmi hanya akan diumumkan pada 1 Mei 2019.

Volodymyr Oleksandrovych Zelensky atau Vladimir Aleksandrovich Zelensky dilahirkan pada 25 Januari 1978.

Beliau merupakan seorang penulis skrip, pelakon, pelawak dan juga pengarah.

Beliau memiliki ijazah dalam undang-undang serta telah menubuhkan syarikat Kvartal yang menghasilkan siri televisyen Servants of the People, di mana Zelensky memainkan peranan sebagai Presiden Ukraine di dalam siri tersebut.

Siri ini disiarkan dari 2015 hingga 2019.

Presiden baru dijangka akan mengambil-alih tugas sekurang-sekurangnya pada 3 Jun.

Sumber:

Daily Mail

Wikipedia

CGTN

Continue Reading

Info

Disangkakan Bau Mayat, Rumah Rakyat Malaysia Diserbu Polis

Published

on

By

Seorang rakyat Malaysia berdepan situasi mencemaskan apabila sepasukan polis membuat serbuan ke rumahnya gara-gara membakar belacan.

Pengalaman yang melucukan itu dikongsikan oleh pemilik Twitter yang dikenali sebagai Thezulfo.

Menurutnya, insiden itu berlaku terhadap rakan isterinya yang menetap di Perancis.

Punyalah excited dapat belacan nak buat sambal, tiba-tiba polis ketuk pintu rumah.

Baca ni.

Rupa-rupanya serbuan dibuat kerana jirannya membuat aduan mendakwa terhidu bau mayat dari dalam rumah rakannya itu.

Rata-rata netizen terhibur apabila bau belacan disamakan dengan bau mayat. LOL!

Sehingga kini, Tweet tersebut mendapat 21,100 retweet dengan 11,364 likes.

Continue Reading

Info

Gelagat BLACKPINK Di Festival Muzik Curi Perhatian

Published

on

By

Festival Muzik dan Seni Coachella merupakan satu acara muzik tahunan.

Nama-nama besar seperti Ariana Grande, Childish Gambino, Khalied dan Tame Impala dan Blackpink antara artis yang berkongsi pentas yang sama membuat persembahan di Coachella di California, Amerika Syarikat.

Menerusi Koreaboo, beberapa foto BLACKPINK dilihat berdiri di kalangan penonton-penonton sambil menikmati persembahan ketika itu.

Fuh! Rare betul ni.

Tengok ni.

Kebiasaannya para peminat dilihat merakam foto dan video persembahan mereka, tapi kali ni lain sikit. Aww!

BLACKPINK juga dilihat bergambar bersama beberapa selebriti lain seperti Will Smith, Jaden Smith dan Khaled.

Tahukah anda, persembahan BLACKPINK di Coachella telah mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan K-Pop wanita pertama membuat persembahan di sana.

Terbaiklah!

Continue Reading

Info

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum ke New Zealand Bulan Oktober Nanti

Published

on

By

Foto: Freepik

Tahukah anda, pada masa ni pemegang passport Malaysia tidak perlu memohon visa untuk melancong ke New Zealand jika tempoh kurang dari tiga bulan?

Bagaimanapun, bermula 1 Oktober 2019, rakyat Malaysia perlu mendapatkan ETA lebih awal dan membayar International Visitor Conservation and Tourism Levy (Pelan Pemuliharaan dan Pelancongan Pelancong Antarabangsa (IVL) sebelum terbang ke sana.

ETA dan IVL adalah usaha New Zealand untuk memulihara persekitaran semulajadi negara, dengan menghendaki pelancong untuk menyumbang secara langsung kepada infrastruktur pelancongan yang mereka gunakan dan membantu melindungi dan mempertingkatkan persekitaran semula jadi yang akan mereka nikmati sepanjang mereka berada di New Zealand.

Foto: Half This World Away

ETA dan IVL hanya dikenakan kepada warganegara dari negara pengecualian visa, seperti Amerika Syarikat, UK, Kanada, Singapura, Jerman, dan juga Malaysia.

Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang ETA:

1. ETA akan bermula pada 1 Oktober 2019

Anda perlu memohon ETA dan membayar IVL jika anda bercadang untuk melawat New Zealand pada bila-bila masa selepas 30 September 2019.

2. Walaupun anda singgah ke NZ untuk transit sahaja, anda masih perlu memohon ETA

Anda perlu memohon ETA jika anda seorang warga Malaysia yang melawat New Zealand, atau jika anda melakukan transit, atau, jika anda seorang penumpang kapal pelayaran yang memasuki New Zealand.

3. Anda tak perlu memohon jika anda sudah memiliki visa

Anda tidak perlu memohon ETA jika anda sudah mempunyai visa New Zealand yang sah atau jika anda adalah penduduk tetap New Zealand.

4. Caj ETA berbeza-beza bergantung pada platform mana yang anda gunakan untuk membuat permohonan

Kos ETA:

RM 24.83 (NZD $ 9) untuk permintaan yang dikemukakan melalui aplikasi mudah alih mereka.

RM 33.10 (NZD $ 12) untuk permintaan menggunakan borang laman web.

Kos IVL berharga RM 96.55 (NZD $ 35) untuk setiap orang dan dikenakan caj bersama ETA. Jadi, secara keseluruhan, anda akan membayar paling banyak RM 129.65 (NZD $ 47) untuk setiap seorang.

Ya, ia agak mahal. Tetapi yang bestnya, ETA dan IVL sah untuk digunakan sehingga 2 tahun.

5. Anda Perlu memohon 72 Jam Sebelum Tarikh Perjalanan Anda

ETA memerlukan sehingga 72 jam untuk pemprosesan. Jadi, dicadangkan untuk memohon selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

Walaupun kebanyakan ETA hanya mengambil masa beberapa jam untuk diluluskan, anda tetap tidak akan dibenarkan menaiki pesawat tanpa kelulusan.

Sekiranya anda travel menggunakan ETA, pastikan tiket atau itinerary penerbangan pergi dan balik anda di tangan anda.

Satu perkara lagi, jika anda bercadang bekerja sambil bercuti atau jika anda mahu tinggal di New Zealand melebihi 3 bulan anda tidak boleh menggunakan di ETA. Sebaliknya, anda perlu memohon visa.

Untuk info lanjut, klik sini.

Continue Reading

Info

Pengguna Perlu Menggunakan Identiti Sebenar Untuk Meninggalkan Komen

Published

on

By

Di China, pengguna perlu menggunakan identiti sebenar untuk meninggalkan komen.

Ini kerana mereka mahu mengurangkan penggunaan akaun anonimiti atau ketanpanamaan dan secara tak langsung, kaedah ini dapat membendung komen-komen berunsur penghinaan.

Foto: Freepik

Kerajaan Austria juga sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan draf undang-undang yang memerlukan pengguna untuk menggunakan identiti sebenar untuk meninggalkan komen.

Mereka masih boleh menggunakan nama samaran tetapi pihak berkuasa pasti berjaya mencari mereka dengan mudah jika mereka percaya anda mengganggu pengguna lain atau melanggar undang-undang.

Buat masa ini kerajaan Austria bercadang untuk melaksanakan undang-undang ini pada laman website yang memiliki 100,000 orang pengguna, yang memperoleh pendapatan €500,000 Euro (RM2.32 juta) setahun atau yang menerima subsidi sekurang-kurangnya €50,000 (RM232,400) setahun.

Mana-mana website yang tidak menjana pendapatan akan diberikan pengecualian dari undang-undang ini.

Jadi, Malaysia bila lagi?

Sumber

Continue Reading

Info

Kajian Dapati Anda Boleh Dijangkiti Penyakit Kalau Kucing Anda Suka Bermain Di Luar

Published

on

By

Tahukah anda, kucing peliharaan yang dibiarkan bermain di luar kawasan rumah berisiko tinggi mendapat penyakit?

Mereka berpotensi dijangkiti bakteria atau virus hanya melalui sentuhan, air liur serta udara.

Berdasarkan kajian yang dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat, persekitaran luar sememangnya memberi risiko kepada kucing dan juga pemilik kucing tersebut.

Kucing-kucing yang bermain diluar berisiko dijangkiti Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasit. Malah, penyakit tersebut boleh dipindahkan kepada pemilik kucing itu sendiri dan mengakibatkan Skizofrenia (penyakit mental).

Selain itu, kucing yang terdedah kepada cacing parasit juga boleh menyebabkan seseorang demam, sakit perut dan sawan.

Para penyelidik menyarankan agar aktiviti kucing di luar dikawal bagi mengelakkan jangkitan parasit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan lain.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Ini Sebabnya Kenapa Jennie Blackpink Menolak Permintaan Peminatnya Untuk Berselfie

Published

on

By

Foto: Getty Images

Komited selaku duta produk, Jennie daripada kumpulan Blackpink dilihat memulangkan kembali telefon milik peminatnya hanya kerana peminatnya menggunakan iPhone.

Jennie dilihat menolak permintaan berselfie dengan cara yang baik serta comel. Siap bagi love lagi!

Tengok ni.

Malah, Jennie juga terpaksa mengingatkan Jisoo yang kelihatan seolah-olah terlupa yang mereka di taja oleh Samsung.

Tengok ni.

Tahukah anda, selaku duta untuk mana-mana produk mereka bertanggungjawab untuk menjaga imej sesebuah jenama?

Insiden seperti dipandang serius oleh setiap jenama produk.

Ternyata tindakan Jennie membuktikan yang dia seorang duta produk yang komited dan bertanggungjawab. Respect!

Secara tak langsung menyelamatkan kumpulan Blackpink daripada berhadapan dengan situasi yang pernah dilalui Ksenia Sobchak.

Sebelum ini, duta Samsung di Rusia telah dipecat dan disaman £1.25million (RM6.7 juta) kerana tidak sengaja mempamerkan iPhone X miliknya.

Continue Reading

Inspirasi

Silap Kacau Orang, Dua Lelaki Dibelasah Wanita Sehingga Pengsan

Published

on

By

Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita menumbuk muka dua lelaki sehingga pengsan selepas mereka memukul teman lelakinya.

Dalam rakaman video berdurasi 14 saat itu, kelihatan dua suspek menolak kepala mangsa terlebih dahulu sebelum kekasihnya cuba membalas dendam.

Siapa yang patut selamatkan siapa ni? LOL!

Tengok ni.

Tindakan berani wanita itu bagaimanapun mendapat pujian netizen.

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Lelaki Ini Sanggup Berenang Ke Tempat Kerjanya Setiap Hari

Published

on

By

Lelaki ini sanggup berenang selama 11 tahun untuk ke tempat kerjanya setiap hari.

Zhu Biwu, 53, dari Selatan Wuhan, berenang 2,200 meter merentasi Sungai Yangtze untuk menjimatkan masa ke pejabatnya.

Ia mengambil masa 30 minit untuk menyeberangi sungai dari rumahnya, kata Zhu. Perjalanan menaiki keretapi api biasanya mengambil masa satu jam.

Selain menjimatkan masa, kaedah itu turut dilakukan untuk menjaga kesihatannya.

Zhu didiagnosis dengan diabetes jenis 2 pada tahun 1999 dan beratnya lebih daripada 100 kg (220 lbs), menyebabkan dia mencari jalan untuk untuk kekal sihat dan cergas.

Dia mula berenang di tepi pantai sejak 2004 dan melatih dirinya untuk membuat perjalanan sejauh 2,200 meter.

Pada tahun 2008, Zhu mula mengambil bahagian dalam acara renang musim sejuk dan mengambil laluan alternatif untuk ke tempat kerja.

“Kadar gula dan berat badan saya kembali normal dan kekal stabil sepanjang 11 tahun ini”, katanya.

Sumber

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Aiskrim Mi Goreng Jadi Trend. Apa Kata Anda?

Published

on

By

Trend hasilkan makanan pelik semakin menjadi-jadi. Ada sahaja idea menginovasikan makanan-makanan sedia ada menjadi sesuatu yang unik dan aneh.

Kalau sebelum ini di Malaysia kecoh dengan kueh teow cheese, terbaru aiskrim Indomie goreng pula bikin netizen tak senang duduk.

Foto: Instagram destinasijajan

Ianya diberi nama aiskrim Noodle-Pop dan direka oleh orang Australia.

Tak susah nak buat katanya. Mee direbus terlebih dahulu. Kemudian, mee tersebut dicampurkan dengan air oren dan disatukan ke dalam bekas popsicle dan disejukkan. Pelik ke tak?

Indomee memang sedap, tapi aiskrim Indomee goreng ni tak pastilah pulak kan. Ada yang nak try ke?

Sumber:

1.Instagram destinasijajan

2. suara.com

Continue Reading

Trending