Tutup Iklan Close Ad
Connect with us

Seram

Lihat Gambar Dari Hotel Mewah Yang Ditinggalkan Di Jepun. Boleh Tahan Creepy!

Published

on

Hotel Hachijo Royal pernah menjadi salah satu hotel mewah terbesar di Jepun. Hotel yang ditinggalkan itu tidak lagi menerima kunjungan selama lebih kurang sedekad. Hotel terbiar yang terletak di pulau terpencil ini telah dipenuhi lumut dan cendawan di dindingnya.

Jurugambar Poland Natalia Sobanska dengan beraninya menjejakkan kaki ke hotel gaya barok Perancis ini untuk mengambil gambar bangunan usang itu. Seram gak lah tengok gambar-gambar tersebut.

Ni lah hotel mewah yang pernah menyambut tetamu dari seluruh Jepun satu ketika dahulu, jom tengok ni.

 

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Seram

Kenapa Bayangan Cermin Tak Ikut Macam Gadis Dalam Video Ni?

Published

on

By

Perkara yang menakutkan bila masuk ke tandas adalah bila nak mengadap cermin. Apatah lagi cermin tersebut berhadapan dengan pintu tandas. Alaaa, biasalah dah takut mesti fikir yang bukan-bukan kan? 

Ada satu video yang viral ni menunjukkan seorang gadis dalam tandas dirakam oleh kawannya. Apabila, kawannya memanggilnya dan dia berpaling. Malangnya, pantulan dirinya di cermin tak ikut apa yang dilakukan.

Continue Reading

Seram

Kamera Terakam Kelibat ‘Wanita’ Di Tengah-Tengah Jalan

Published

on

By

Seorang pemandu secara tidak sengaja terakam kelibat seorang wanita berambut panjang sedang berdiri diantara pembahagi jalan di Singapura.

Video yang tular menerusi laman Facebook ROADS.sg ini mendapat pelbagai reaksi berbeza oleh penonton. Ada yang mendakwa, ia hanya seorang wanita yang ingin melintas jalan.

Video berkenaan yang dikongsikan oleh Jeremy L. telah mendapat tontonan sehingga 720 ribu dilaporkan terjadi di Bukit Timah Road, Singapura.

 

Continue Reading

Seram

Video Kelibat Makhluk Aneh Berkaki Satu Melompat Di Tepi Jalan, Viral

Published

on

By

Minggu lalu, tular di laman sosial apabila sebuah rakaman menakutkan menunjukkan kelibat makhluk yang dipercayai hantu berkaki satu menyerupai ‘Gong Goi’ daripada kisah mitos Thailand tersebar.

Video asal yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Chantha Sitouluk, sehingga kini telah ditonton hampir lebih daripada 4 juta tontonan.

Menurut mitos Thailand, Gong Gui adalah hantu bersaiz kanak-kanak yang tinggal dihutan dengan melompat sambil menjerit ‘Gong Goi, Gong Goi’ berulang kali.

Rata-rata komen menyatakan ia adalah hantu sebenar, dan ada juga yang mendakwa ia adalah seseorang yang berpakaian seperti hantu yang cuba ingin menakut-nakutkan.
Sumber: Mirror UK

Continue Reading

Seram

Katil 25, Pengalaman Junior Nurse Masa Bertugas Malam Jaga Wad

Published

on

By

Ini pengalaman aku sebagai seorang jururawat di sebuah hospital. Seperti biasa, tugas sebagai jururawat ni kena ikut shift. Dan sebagai junior nurse memang selalu lah kena bertugas malam dan jaga wad wanita.

Ada satu satu hari, waktu tu tak ramai sangat pesakit. Ada lah dalam 10 orang macam tu. Kebetulan malam tu aku kena bertugas. AKu masuk shift jam 8 malam. Jadi, memang biasalah kena ronda melawat pesakit pukul dua tiga pagi.

Waktu aku ronda tu, ada seorang mak cik ni macam tengah menangis dekat katil dia.  Dia duduk dekat katil 25. Katil ni dekat dengan tandas. Kita namakan pesakit tu mak cik Rozita.

Sepanjang Mak Cik Rozita duduk dekat hospital ni, tak ada sapa pun yang datang melawat dia. Ikut laporan, dia ada 3 orang anak. Tapi entah kenapa anak-anak dia ni lamgsung tak datang jenguk dia.

Dah tengok dia menangis teruk, aku pun pergi lah tanya dekat dia.

“Kenapa mak cik ita?” Tapi dia tak jawab dan terus menangis. Aku usap-usap badan dia dengan harapan dia tenang sedikit. Mungkin dia rindukan anak dia, aku rasa.

Dalam 2 minit, dia senyap. Mungkin dah tidur. Dan aku pun berniat nak sambung melawat patient yang lain. Waktu aku elok cek air garam dekat pesakit dekat katil nombor 15, tiba-tiba dia tanya aku,

“nurse, tadi nurse sembang dengan siapa?”

Aku pun jawab, “Mak cik Ita tu haa. Nanti lagi lama dia menangis, ganggu pesakit lain pulak…”

“Nurse…” Panggil pesakit tu.

“Mak cik Ita dah meninggal petang tadi.”

Dengar je patient tu cakap sedemikian, terus jantung aku berdegup kencang. Disebabkan tanda tanya bermain-main dalam kepala, terus aku toleh dekt katil nombor 25 dan… kosong!

Lepas je aku cek pesakit dekat katil nombor 15, terus aku pergi jumpa sister dan kawan-kawan aku yang lain. Belum sempat aku nak cakap apa-apa, tiba-tiba sister yakni ketua jururawat tu tanya dekat aku

“Tadi kau buat apa dekat katil nombor 25.”

“Saya nam… nammpak mak cik Ita…”

“Mengarut lah kau ni. Mak Cik Ita tu dah meninggal petang tadi.”

“Serious tadi saya yang usap tangan dia, sis” Aku cuba melawan.

“Kau usap tangan benda lain lah kot. Alah, ni awal lagi. Lama kelamaan nanti lagi banyak hantu kau jumpa dekat hospital ni. Tapi jaga-jaga, jangan sampai hantu tu melekat dekat kau..”

Pesanan sister tu betul-betul buat aku seriau. “Kenapa sis?” Tanya aku

“Kalau hantu tu melekat dekat kau, sepanjang masa lah dia ada dengan kau. Silap-silap kau pula jadi tuan dia. Kena bagi makan selalu. Nanti tak ikut cakap dia, dia akan mengamuk.”

Semenjak dari tu, aku dah melawat patient seorang diri pada waktu malam. Aku akan pastikan ada seorang peneman.

Continue Reading

Seram

Bukan Semua Orang Boleh Masuk Rumah Hantu Paling Menyeramkan Ini

Published

on

By

Anda rasa rumah hantu yang selalu dimasuki itu sudah cukup menyeramkan sehinggalah anda temui McKamey Manor, sebuah rumah hantu yang dimiliki Russ McKamey.

Rumah hantu yang terletak di Summertown, Tenessee Amerika Syarikat ini dikatakan paling menyeramkan sehinggakan mereka yang ingin masuk perlu mengisi borang 40 halaman.

Ramai yang ingin memasuki rumah hantu ini tetapi belum ada yang berjaya menghabiskan tour di rumah hantu ini. Dan tidak semua orang boleh memasukinya, hanya mereka yang berusia 21 tahun dan ke atas atau 18 hingga 20 tahun dengan kelulusan ibubapa, mereka yang mendapat surat doktor yang menyatakan mereka sihat fizikal dan mental serta berjaya selesaikan latihan fizikal dan berjaya mengemukakan bukti memiliki insurans perubatan sahaja dibenarkan memasuki rumah hantu ini!

 

Kredit: WTHR

Continue Reading

Seram

Seram! Video Suara Perempuan Misteri Menangis Di Sekolah, Viral

Published

on

By

Baru-baru ini tersebarnya satu klip rakaman berdurasi 2 minit 23 saat dalam suasana yang gelap dan menyeramkan.

Jika didengari betul-betul, terdapat suara perempuan menjerit-jerit dan menangis seperti sedang meminta pertolongan.

Kejadian yang berlaku di salah sebuah di Langkawi itu telah dirakam oleh dua orang pengawal keselamatan sekolah tersebut.

Pihak polis telah memanggil kedua-dua pengawal keselamatan namun tiada siasatan lanjut aan dilakukan dan mengelaskan perkara tersebut sebagai mistik.

Walaubagaimanapun kedua-dua pengawal keselamatan itu menyatakan bahawa video yang diviralkan oleh adik salah seorang daripada mereka adalah original dan tidak diedit. Tapi mereka tidak menolak sekiranya itu adalah prank yang dilakukan oleh para pelajar di situ.

Continue Reading

Seram

Bayang-Bayang Wanita Ini Menakutkan Netizen

Published

on

By

Apa yang tak kena dengan gambar ni? Cuba tengok betul-betul.

Sekali pandang memang tak ada peliknya. Tapi bila tengok betul-betul pada bayang-bayang di dinding belakang wanita tu memang terkejut beruk dibuatnya. Refleksi bayang-bayangnya yang berbeza.

Kami tak tahu lah kesahihan gambar ini. Tetapi ianya memang menyeramkan.

 

Sumber: wowmenariknya

Continue Reading

Pelik Tapi Benar

Challenge Baru, Pelik Dan Merbahaya! Parents Tolong Ambil Perhatian

Published

on

By

Sekarang ni banyak jenis challenge yang ada. Kiki Challenge lah, itu lah ini lah sampai kan kadang-kadang ada yang sanggup membahayakan diri sendiri asalkan dapat perhatian di media sosial.

Yang terbaru terdapat satu lagi challenge dikenali sebagai Momo Challenge. Namun, challenge ini agak pelik dan merbahaya. Challenge ini menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dengan seseorang yang tidak dikenali tetapi membawa nama ‘Momo’.

Ia kemudiannya menghantar imej menakutkan dan mesej ganas yang menggalakkan keganasan atau bunuh diri.

Imej avatar dengan wajah perempuan agak menyeramkan itu menggunakan patung artis Jepun, Midori Hayashi yang tiada kaitan dengan permainan tersebut.

Menurut Buenos Aires Times, cabaran itu juga didakwa ada kaitan dengan kematian kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Argentina yang dipercayai membunuh dirinya sendiri.

Jika perkara itu disahkan polis, budak terbabit merupakan mangsa pertama Momo Challenge. Cabaran itu dilaporkan telah tersebar secara meluas menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook.

Sehingga kini, pihak berkuasa tidak tahu motif sebenar pelaku

Sumber: Astro Awani

Continue Reading

Seram

Penonton Histeria Tengok Persembahan Ulek Mayang

Published

on

By

Ulek mayang antara seni persembahan melayu dan banyak dimainkan dalam kalangan oran pantau timur. Ulek mayang boleh dikategorikan sebagai teater muzikal sebab di dalam persembahan itu terdapat beberapa seni yang digabungkan. Antaranya persembahan pantun yang dilagukan, tarian mengikut lagu dan irama serta dilakonkan oleh watak-watak tujuh orang puteri, watak pawing atau bomoh dan pesakit.

Ulek mayang juga sering dikaitkan dengan perkara mistik. Dikatakan tarian ini mempunyai sifat misteri yang tersendiri. Dikatakan sesiapa yang menyanyikan lagu tersebut cenderung untuk diganggu oleh entiti misteri. Tetapi sejauh mana kebenaran kenyataan itu, tidak dapat dikenalpasti.

Video penonton terkena histeria ketika menonton persembahan Ulek Mayang menjadi viral di laman sosial. Ada yang mendakwa ianya hanya lakonan semata semata dan sebaliknya.

Jom saksikan sendiri video ni bawah ni.

 

Continue Reading

Mudah Terhibur

Kedai-Kedai Berhantu, Kat Malaysia Je Gais!

Published

on

By

Kredit gambar utama: Pexels

Menyeramkan? Tak. Gelap? Pun tidak. Tetapi korang sure setuju dengan kitorang yang kedai-kedai ni berHANTU! Lagilah waktu gaji ni, memang menakutkan weyh kedai-kedai ni. Siapa yang dah masuh, susah nak jumpa jalan keluar. Ada yang sampai menangis di penjuru kedai. Kat Twitter tu hangat berkicau pasal kedai-kedai ni. Korang pernah tak jadi macam ni? Plan nak beli SATU barang je, atau sekadar nak cuci mata tetapi bila masuk jadi BERBAKUL barang dibawa balik.

#1 Kedai ECO


#2 MR.DIY

#3 DAISO


#4 KAISON

Aduhai! Kesian kedai-kedai ni difitnah. Kita yang tak tahan godaan harga dan barang, nama kedai pula yang tercalit sama!

Continue Reading

Trending