Syawal bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pastinya lagu-lagu raya sedang rancak di mainkan di corong-corong radio. Kami percaya setiap dari anda pasti mempunyai lagu raya kegemaran yang akan membangkitkan nostalgia Aidilfitri. Kami bawakan 10 lagu raya ?terbaik ini yang akan mengembalikan kenangan indah sambutan hari raya anda!
1. Balik Kampung oleh Sudirman.
[embed]https://youtu.be/XwgtH9TxTFo[/embed]
Lagu yang menjadi siulan ramai. Bila dengar lagu ni mesti naik rasa semangat nak balik kampung.
2. Suasana Hari Raya oleh Anwar Zain & Elina.
[embed]https://youtu.be/o_xmntryzRY[/embed]
Lirik lagu yang santai dan catchy ini pastinya akan membuatkan anda mengimbau kembali kenangan indah Aidilfitri anda ketika?waktu kecil dahulu.
3. Dendang Perantau oleh P.Ramlee.
[embed]https://youtu.be/5Y0eF5nomHY[/embed]
Confirm air mata meleleh bila dengar lagu ni lagi-lagi buat mereka?yang mencari rezeki di perantauan. Lagu ini sudah mencecah usia 65 tahun.
4.?Warna Warni Aidilfitri oleh Hattan, Amy Mastura, Shima, A to Z, Impression, Erra Fazira, Kool, Spring, Lefthanded
[embed]https://youtu.be/fswP9NvZwgs[/embed]
Lagu yang pastinya membangkitkan keceriaan apabila seluruh keluarga berkumpul bersama ketika Aidilfitri.
5. Nazam Lebaran oleh Siti Nurhaliza.
[embed]https://youtu.be/S4xAj_3lRRA[/embed]
Lirik lagu ni mengajak kita untuk bermaafan & mensyukuri nikmat serta pujian kepada?Tuhan.
6. Dari Jauh Ku Pohon Maaf oleh Sudirman.
[embed]https://youtu.be/-NNrSD-OINY[/embed]
Sedihnya bila duduk diperantauan tak dapat beraya bersama keluarga?di?Malaysia. Lagu ini mengundang rasa sebak apabila tidak dapat pulang beraya bersama keluarga.
7. Cahaya Di Aidilfitri oleh Black Dog Bone.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=Lek9J0b2s4M[/embed]
Suasana kampung, berbaju kurung , kanak-kanak berkumpul dan bermain sememangnya bertepatan dengan lirik lagu ni.
8. Bila Takbir Bergema oleh Rafeah Buang.
[embed]https://youtu.be/y4yEIvki5Xc[/embed]
Tambah semangat nak sambut hari raya bila dengar lagu ni tapi puasa jgn lupa habiskan. Huhu
9. Satu Hari Di Hari Raya oleh M. Nasir
[embed]https://youtu.be/rRyQQ9xzcc8[/embed]
Tahun -bertahun suasana lebaran yang berbeza tetapi lagu ini sama sekali tidak menjemukan. Hihi
10. Selamat Hari Raya oleh Saloma
[embed]https://youtu.be/14SlajuplHk[/embed]
Lagu yang penuh nostalgik untuk semua dan lirik?'mintak mak kuih sepotong saya mahu makan kerana perut kosong' memang lejen. Haha
Hiburan