Skip to main content

Advertisement

Hiburan

10 Tabiat Buruk Rakyat Malaysia Yang Perlu Dihindari

Malaysia terkenal dengan rakyatnya yang amat peramah dan bersopan santun tetapi ada masanya mereka hilang sifat murni ini contohnya ketika di jalan raya. Ini adalah?antara sikap dan perangai negatif yang seringkali terjadi dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkara yang akan kami senaraikan ini amat memalukan dan boleh mendatangkan tanggapan negatif masyarakat luar terhadap negara kita. 1. Double - Park [caption id='' align='alignnone' width='694'] Imej dari Fmt[/caption] Ini selalu membuatkan jalan menjadi sempit sampai jadi 'jammed'. ?Kalau nak parking double, duduk lah?dalam kereta atau masa dekat luar kereta,?anda kena selalu?perhatikan?kereta lain nak keluar parking. 2. Potong barisan Potong Que/Barisan adalah satu perbuatan kurang sopan?yang paling tidak disukai ramai.?Perbuatan ini seperti merampas hak yang telah dimiliki oleh orang lain. 3. Tidak Mempeduli Arahan Papan Tanda Awam [caption id='' align='alignnone' width='501'] Imej dari Pinterest[/caption] Rakyat malaysia terkenal dengan tabiat mereka yang tidak mengambil endah arahan papan tanda awam seperti merokok di tempat yang di larang, meletakkan kenderaan ditempat yang tidak dibenarkan dan bermacam-macam lagi. 4. Tidak peka dengan masa. Penyakit buruk Rakyat Malaysia ialah mereka tidak menghargai masa dan akhirnya selalu lewat dalam segala perkara. 5. Memandu secara melulu dan berbahaya. [caption id='' align='alignnone' width='568'] Imej dari lamankongsi[/caption] Rakyat Malaysia selalunya akan hilang kewarasan apabila mereka memandu di jalan raya dengan secara sengaja menukar laluan tanpa memberi isyarat, mengekori?rapat kereta dihadapan, menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu lain dan bermacam-macam lagi. 6. Memandu sambil main smartphone. [caption id='' align='alignnone' width='675'] Imej dari newshub[/caption] Haha mengaku je lah benda ni semua pernah buat kan? Tak kira walaupun anda boleh lakukan pelbagai tugasan dalam satu masa, tabiat ini pastinya akan menganggu konsentrasi anda ketika memandu. 7. Gemar minta diskaun/hadiah Apabila membeli barang yang terlampau mahal seperti smartphone atau laptop, mesti ramai yang minta 'free-gift' ataupun diskaun? Betul tak? Kami juga pun seperti anda. Hihihi 8.?Tidak memberikan tempat duduk kepada mereka yang lebih memerlukan [caption id='' align='alignnone' width='660'] Imej dari For The Guys[/caption] Kadang kala orang Malaysia boleh bersikap pentingkan diri sendiri, dan tidak prihatin kepada orang lain. Mereka tidak menghiraukan orang yang lebih memerlukan tempat duduk seperti wanita mengandung ataupun warga emas. 9. Meninggalkan troli di tempat letak kenderaan. Pandangan yang selalu kita lihat apabila mengunjungi pasaraya. Betul tak? Hihi 10. Tidak mengucapkan terima kasih. [caption id='' align='alignnone' width='705'] Imej dari Satrika[/caption] Susah sangat ke nak ucap terima kasih? Tapi masih ramai rakyat Malaysia yang sukar melafazkan ayat terima kasih apabila menerima bantuan seseorang. 10 perkara negatif ini perlu dihindari oleh?kita semua demi memastikan Malaysia adalah sebuah negara yang hebat dan terbaik untuk didiami.

Advertisement

Advertisement