Oleh Izzat Ismail. Sumber dari Murai.
Terkejut juga tatkala mendengar khabar angin yang mendakwa penyanyi dari Sabah iaitu Adira Suhaimi telah putus tunang. Namun begitu sejauh mana kebenarannya masih tidak dapat disahkan. Menurut sumber, kakak kepada Adira iaitu Edayu dalam kenyataannya turut tidak terkejut dengan khabar angin tersebut jika benar adiknya itu sudah putus tunang.
Dalam pada itu, kakak Adira turut tidak berani membuat apa-apa kenyataan berkenaan perkara tersebut selagi empunya badan tidak membuat sebarang pengesahan. Bukan itu saja, dia juga ada bertanyakan khabar Adira dan memberitahu keadaan adiknya itu baik dan seperti tiada masalah. Untuk makluman, Adira sebelum ini telah bertunang bersama Shahrul pada pada 22 Disember 2014 bertempat di Kundasang, Sabah.
Di laman sosial milik @adira_suhaimi pula tiada sebarang perkara yang pelik dimuat naik oleh penyanyi dari Sabah ini dan kehidupan seharian menerusi gambar yang dimuat naik sehingga semalam juga nampaknya berada didalam keadaan yang baik. Pihak media yang cuba untuk menghubungi Adira turut gagal mendapat maklum balas mengenai perkara ini.Diharapkan Adira tampil memberikan kenyataan dan diharapkan khabar angin yang bertiup kencang ini hanyalah sekadar gossip dan tidak benar.
Hiburan
Adira Putus Tunang?