
Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Runchang, Muadzam Shah, Pahang telah terpilih menjadi salah seorang daripada 10 finalis Anugerah Hadiah Guru Global.
Advertisement
Pengajur anugerah tersebut ialah Yayasan Varkey di London dan menurut mereka tahun ini sebanyak 12,000 pencalonan telah diterima daripada lebih 140 buah negara. Bayangkan daripada 12,000 dan Samuel berjaya meletakkan diri dalam 10 terbaik! Perghhh!
Cikgu Sam telah menjadi inspirasi kepada para pelajarnya yang merupakan etnik Orang Asli. Beliau sentiasa memotivasikan para pelajarnya untuk menyimpan impian dan belajar di dunia luar.
Cikgu Sam telah menjalankan beberapa projek seperti ‘Asli E-Pal’ di mana para pelajarnya berpeluang untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan sukarelawan yang berada di luar negara.
Kehadiran Cikgu Sam ke sekolah itu juga telah mengubah kadar peratusan lulus untuk subjek Bahasa Inggeris di sekolahnya.
Sekiranya Cikgu Sam berjaya memenangi anugerah tersebut beliau akan membawa pulang hadiah sebanyak $1 juta (RM4.16 juta). Perghhh! Banyaknya!
Malaysian teacher Samuel Isaiah has been named a top ten finalist for the Global Teacher Prize 2020, in partnership with @UNESCO. Now in its sixth year, the US$1 million award is the largest prize of its kind. @samuel_isaiah87 #teachersmatter #gtp2020 #tuesdaymotivation pic.twitter.com/8pAuRe9Mrk
— Global Teacher Prize (@TeacherPrize) October 27, 2020
Sumber: Twitter Global Teacher Prize