Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Jangan Normalisasikan Gagal SPM, Pendidikan Adalah Penting” - Erysha Emyra

Pelakon jelita Erysha Emyra sekerasnya tidak bersetuju dengan sikap sesetengah anak muda yang bangga dengan keputusan gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana baginya pendidikan adalah sangat penting buat zaman sekarang. 

Menurutnya,  SPM adalah antara peperiksaan yang penting sebelum memilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Advertisement

“Saya kurang setuju apabila ada yang buat ‘content’ dalam media sosial tentang kegagalan dalam SPM dan anggap semua itu tidak penting.

“Bagi saya, pada peringkat apa pun, pendidikan adalah penting. Kalau gagal sekalipun, jangan begitu bangga apatah lagi galakkan orang dengan pencapaian sebegitu. Jangan normalisasikannya,” katanya. 

Dalam pada itu, Erysha yang sebelum ini merupakan pelajar cemerlang dengan pencapaian 9A pada SPM 2016 kini terpaksa menangguhkan hasratnya untuk melanjutkan pengajian kerana mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya tangguh dulu hasrat sambung belajar. Apabila sudah bekerja ada tanggungjawab yang perlu saya laksanakan

“Jadi, sekarang biarlah saya bekerja dahulu,” katanya lagi.

Sumber: Kosmo

Advertisement