Oleh Izzat Ismail.
Lumrah kehidupan suami isteri mesti ada pasang surut namun kerana kemanisan tersebutlah menjadi satu perhubungan yang mampu memberikan maknanya yang tersendiri. Begitu juga dengan pasangan romantic Fahrin Ahmad dan isterinya Elena Hani yang mengakui mempunyai cabaran ketika mereka berjauhan semasa di awal pernikahan.
Namun begitu, pasangan ini tetap positif malah sudah bersedia untuk mengambil risiko untuk berjauhan. Memikirkan pertimbangan sewajarnya pada masa depan, Elena telah pun mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sekaligus mereka akan tinggal bersama selepas ini.
Dalam pada itu,pasangan yang kali pertama berpuasa bersama ini sangat teruja dan masa yang ada digunakan sebaiknya oleh mereka. Ini kerana sebelum ini Elena yang sudah 8 tahun berpuasa dan melancong sering berpuasa di atas pesawat tetapi tahun ini bertuah kerana diberi peluang untuk berpuasa bersama keluarga yang tersayang.
Ditanya mengenai persiapan hari raya yang bakal menjelang tiba, pada tahun ini Fahrin akan beraya di Sri Damansara sebelum berangkat ke kampung halamannya di Johor pada sebelah petang. Pasangan ini turut membuat persiapan secara besederhana dan sentiasa berbincang bersama untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.
Hiburan
Fahrin Ahmad dan Elena Kongsi Kegembiraan Berpuasa Bersama