Oleh Zarul Zulkifli. Sumber dari Kevin Zahri.
Kedatangan bulan Ramadan merupakan bulan yang paling ditunggu-tunggu bagi umat Islam kerana ianya penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Tidak dinafikan apabila menjalani ibadah puasa, badan akan menjadi letih disebabkan oleh kekurangan tenaga di dalam badan. Faktor cuaca di negara kita yang panas juga menjadi punca badan kita mengalami keletihan dan menjadi lesu.
Walaupun sedang berpuasa, kita juga boleh terus kekal cergas dengan melakukan aktiviti fizikal dan senaman ringan bergantung kepada keupayaan seseorang individu itu. Bulan puasa tidak boleh dianggap sebagai bulan untuk berehat dari melakukan aktiviti-aktiviti berbentuk kecergasan. Ramai orang menganggap bulan puasa ini adalah platform bagi mereka untuk menguruskan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik jika mereka mengamalkan cara diet dan senaman yang betul.
Kevin Zahri, jurulatih kecergasan dan pakar pemakanan yang tidak asing lagi di Malaysia, melancarkan sebuah ebook yang bertajuk '20 Tips Kurus Ramadan' untuk berkongsi tips dan panduan kepada anda yang ingin menurunkan berat badan dan kekal aktif sepanjang masa pada bulan Ramadan ini. Menariknya, ebook ini boleh di muat turun secara percuma di http://kevinzahri.com/ramadhan
Di dalam ebook ini, anda boleh dapatkan tips dan panduan berguna seperti tip mudah sahur, tip berbuka, tip senaman, tip untuk menggayakan pakaian bagi kelihatan lebih kurus dan bermacam-macam lagi panduan yang menarik dan berguna. Cepat, cepat muat turun ebook yang menarik ini di http://kevinzahri.com/ramadhan sekarang!
