Pelakon Mawar Rashid akui tidak akan teragak-agak untuk menyekat akaun individu yang kerap menghantui atau komen lucah di dalam media sosial.
Menurutnya, tindakannya untuk menyekat akaun mereka ini secara tidak langsung dapat mengelakkan dirinya daripada gangguan sebegini berlanjutan.
Advertisement
“Saya tidak mendapat mesej sebegitu, tetapi jika ada, memang saya akan sekat pengguna media sosial yang berbuat demikian.
“Seboleh-bolehnya saya ingin mengelakkan daripada komen-komen berbaur lucah atau gatal, terutama lelaki hidung belang,” katanya.
Bukan itu sahaja, Mawar berkata demikian selepas melihat reaksi pengguna media sosial terhadap penampilan tidak berhijabnya itu dan Mawar akui bimbang dengan kes jenayah yang melibatkan gangguan seksual.
“Menghantar mesej lucah boleh dianggap sebagai gangguan seksual dan ini amat menakutkan saya.
“Orang jahat itu memang ada dan tindakan ini (menyekat akaun media sosial) sebagai salah satu cara untuk mengelak dan melindungi diri daripada saya mendapat mesej lucah” tambahnya.
Sumber: Kosmo