Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Kenapa Ramai Yang Obsessed Nak Kulit Putih? Brown Sugar Is Sexy’ - Nabila Huda

Pelakon jelita, Nabila Huda baru-baru ini mempersoalkan di akaun Twitter miliknya tentang mengapa perempuan melayu zaman sekarang terlalu obsesi untuk mempunyai kulit putih. 

 

Advertisement

“Kenapa ramai perempuan melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obsessed nak berkulit putih”, katanya. 

Menurut Nabila, kulit asli wanita Melayu sebenarnya sudah cukup cantik dan dia berasa bangga dengan warna kulitnya. 

“Brown sugar is sexy you know.. i love my skin so much and i am so proud of it..”, tambahnya lagi. 

 

Sehubungan dengan itu, Abil juga turut memberi amaran kepada wanita dilaur sana agar tidak mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial.

“Bayangkan bila dah tua nanti, adakah kulit akan kembali gelap macam asli atau jadi kelabu sebab putih yang dibuat-buat itu dah tamat tempoh?

“Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di media sosial. Tak perlu untuk menjadi orang lain. Jadi diri sendiri dan sayangi diri anda”, katanya lagi. 

 

Abil juga berharap agar wanita di luar sana menghargai kecantikan diri kerana masing-masing mempunyai tarikan tersendiri. 

 

Sumber: Twitter @abilsuhaim

Advertisement