Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Panas Terik Tapi Masih Degil Buat Pembakaran Terbuka!

Cukup-cukup lah jadi penyebab kepada peningkatan kes kebakaran terutamanya ketika cuaca panas ketika ini!

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, sepanjang dua bulan pertama tahun ni je, 6,500 kes kebakaran telah direkodkan di seluruh negara.

Advertisement

Dan, yang paling menyedihkan, puncanya daripada perbuatan manusia sendiri.
Ini termasuklah pembuangan puntung rokok di merata tempat yang akhirnya menyebabkan kebakaran berlaku.

Bila kebakaran berlaku secara berleluasa, ia sekaligus menjejaskan kualiti udara di beberapa kawasan ketika ini.
Setakat ini, antara kawasan yang catat kualiti udara tidak sihat adalah Rompin dan Balok Baru, Pahang serta Bukit Rambai dan Alor Gajah, Melaka.

Baru awal tahun dah beribu-ribu kes kebakaran dilaporkan, cuba bayangkan kalau hujung tahun nanti :(
Tak boleh bayangkanlah kalau kita terpaksa bernafas di dalam asap yang tebal :(

Jadi, hentikan pembakaran terbuka dan jangan lupa pakai topeng muka serta kurangkan aktiviti luar sepanjang cuaca panas ni, okay!
Oleh : Izzati Amir


Advertisement